5 Tips Bajet Bercuti ke Bali – 4 Hari 3 Malam

Hai korang,

Jom bercuti ke Bali. Tips bajet bercuti ke Bali ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak. Saya kongsi atas pengalaman saya ke Bali. Walaupun sudah tiga kali saya bercuti ke Bali tapi saya tidak berasa bosan untuk bercuti ke Bali buat kali ke empat, ke lima dan seterusnya. Saya sangat suka Bali.

Antara sebab saya suka bercuti ke Bali adalah tempat-tempat menarik yang asyik untuk dilawati di Bali.

Bali juga terkenal dengan seni ukiran, seni lukisan dan kebudayaan yang bermutu tinggi.

Orang Bali juga sungguh peramah. Lebih-lebih lagi apabila melanggani supir(lebih perihal supir dibawah).

Tapi korang harus juga berhati-hati supaya tak kena tipu. Okay.

Disini saya sertakan 5 tips dan bajet bercuti ke Bali bersama teman-teman.

Tiket Promo

Ya. Ada diantara kita sudah alert atau peka dengan promosi tiket seawal 3 bulan sebelum melancong. Kerana selagi kita boleh jimat atas kos tiket penerbangan, selagi itu lah kita boleh berbelanja lebih di Bali.

Sekarang AirAsia menawarkan tiket penerbangan ke Bali serendah 99 ringgit dan terbang balik ke KL serendah 123.90 ringgit. Bagi saya harga tiket ini sudah cukup murah kerana sebelum ini saya pernah terbang ke Bali dengan harga tiket sekitar 300 ringgit (untuk pergi & pulang).

Jadi kos setakat ini adalah 222.90 ringgit untuk tiket (pergi dan pulang) ke Bali.

Lokasi Penginapan

Saya suka menginap di Kuta kerana kependudukan di Kuta lebih padat daripada Ubud, Legian dan Seminyak. Korang takkan rasa bosan bila berjalan pada waktu malam. Ada je kedai makan yang meriah untuk lepak dengan kawan-kawan.

Oh ya. Di Kuta juga ada banyak pilihan hotel bajet yang kelihatan mewah tapi murah ada sekitar 150 ringgit dan kebawah.

Sekarang anggaran kos penginapan adalah 150 ringgit untuk satu malam. Lebih murah kalau datang dengan kawan. Boleh jadi 75 ringgit dan kebawah untuk satu malam.

Untuk korang yang baru kahwin. Silakan baca entri percutian honeymoon yang menarik di bali ini.

Pindah Hotel

Selalunya saya tempah hotel untuk satu malam sahaja. Kerana nak cuba hotel yang lain. Yang mungkin lebih bagus. Terpulang. Kalau sudah selesa dengan hotel yang tersedia. Iya. Extend aja.

Lumayan kan?

Korang boleh share dan kongsi cadangan yang lebih baik di ruangan komen nanti.

Akses Internet

Okay. Untuk akses internet pula. Tak sah kalau tak dapat online nak update gambar Instagram atau check-in tempat menarik atau main Pokemon Go di Bali kan. Saya lah. Bukan korang.

Jadi saya kenal simkad SimPati ni tepi jalan je. Bukan mintak simpati. Tapi memang nama simkad tu nama SimPati.

Yes.

Amat berguna apabila saya ambil tour full day atau half day dengan supir. Senang nak Google tempat makan atau Waze je nanti. Sediakan powerbank sahaja.

Saya pernah guna simkad Simpati sepanjang saya berada di Bali. Sangat berbaloi, murah dan laju. Malah mudah untuk beli topup pada kebanyakkan kedai runcit.

50,000 rupiah sehingga 100,000 rupiah bersamaan 15 ringgit hingga 30 ringgit. Sudah cukup untuk 2-3 hari di Bali.

Makan & Minum

Walaupun lebih 80 peratus orang Bali menganuti agama hindu namun amat mudah bagi saya untuk dapatkan makanan halal yang murah disini. Malah KFC di Bali juga halal.

Seperti di Malaysia. Di Bali pun ada gerai makan atau warung yang menawarkan harga yang lebih murah berbanding restoren mewah.

Harga bajet untuk makan saya pernah jumpa adalah sekitar 20,000 rupiah bersamaan dengan 6 ringgit. Apatah lagi makan 3 kali sehari. Jadi lebih kurang 20 ringgit untuk makan seharian. Lumayan!

Tapi disini saya lebihkan belanja makan minum korang kepada 50 ringgit untuk satu hari. Mana lah tau korang nak lepat tepi pantai sambil menikmati jus apokat. Lepas tu air mineral. Macam-macam lagi lah yang remeh temeh.

Makan minum jangan berkira sangat.

I know you guys. (acah)

Maka jadilah 200 ringgit untuk 4 hari belanja makan minum di Bali.

Nota: Rokok membahayakan kesihatan. Saya gak mau bersubahat. #janganmarahbro

Melanggani Supir

Supir bermaksud pengemudi profesional atau lebih popular sebagai pemandu pelancong. Namun adalah lebih baik kita kenal pemandu itu dengan nama sebenar.

Kadar supir adalah 350,000 rupiah bersamaan 110 ringgit untuk perjalanan separuh hari. Manakala 450,000 rupiah bersamaan 140 ringgit untuk satu hari penuh (pagi sampai petang).

Kadar ini termasuk kenderaan, makan minum supir, minyak dan tol untuk sesetengah tempat.
Kebanyakkan kenderaan supir adalah Toyota Avanza. Iya. Jika bernasib baik, korang boleh naik kereta Avanza yang baru.

Jika saya bisa..korang juga bisa donk!

Dengan kadar ini juga korang boleh singgah untuk ke ATM atau Masjid Agung atau pameran seni ukiran dan lukisan atau mana-mana saja. Sebab banyak tempat menarik sekitar Ubud.

Lagi lumayan kalau korang datang berempat. 140 ringgit bahagi 4 orang jadi 35 ringgit seorang.
Untuk maksimumkan pengalaman 4 hari korang di Bali. Saya cadangkan ambil full day dan half day. Baki 2 hari adalah santai sambil tunggu flight balik KL.

Sekarang jumlah jalan-jalan kenal Bali adalah 63 ringgit seorang untuk 2 hari.

3 Perkara & 3 Tempat Wajib Kunjung di Bali adalah :
  • Tarian Barong = 100, 000 rupiah
  • Tarian Api Kechak (Uluwatu Temple) = 40, 000 rupiah
  • Monkey Forest Sanctuary = 40, 000 rupiah
  • Tegallalang Rice Terrace = Free
  • Tanah Lot = Free
  • Pantai Kuta = Free
  • Jumlah = 180, 000 rupiah

3 tempat dan 3 perkara inilah yang membuatkan saya rindu tentang bali. Bukan sahaja menarik untuk tangkap gambar tapi menarik juga untuk merasai pengalaman di Bali sekali lagi. πŸ™‚

Kos untuk 4 Hari 3 Malam:
  • Tiket = 222.90 ringgit
  • Hotel = 225 ringgit
  • Internet = 30 ringgit
  • Makan = 200 ringgit
  • Supir = 35 ringgit
  • Tarian Barong = 30 ringgit
  • Tarian Api Kechak = 12 ringgit
  • Monkey Forrest Sanctuary = 12 ringgit
  • Jumlah = 829.90 ringgit

Nah. Saya kirakan untuk bro dan sis. Tak sampai seribu ringgit untuk bajet bercuti ke Bali.
Jadi kalau korang bawa seribu, korang siap boleh beli oleh-oleh lagi.

Kalau ada baki lagi. Korang boleh simpan duit rupiah sebagai kenangan atau untuk kunjungan ke daerah lain di seluruh Indonesia seperti Jakarta, Medan, Bandung dan lain-lain.

Konklusi

Jangan malu untuk bertanya abang supir jika terdapat sebarang keraguan. Seperti menanyakan tempat makan yang halal dan murah. Saya juga suka mendengar kisah hidup di Bali dari abang supir.

Oh ya. Sebelum saya terlupa. Di Bali nanti jangan tawar menawar kalau tak nak beli. Kerana di Bali tindakan sebegitu adalah tidak sopan apabila berurus niaga.

Apa pun saya ucapkan selamat merasai pengalaman bercuti di Bali.

Terima kasih kerana membaca. πŸ™‚

17
Leave a Reply

avatar
7 Comment threads
10 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
8 Comment authors
Fariz Izhanvakcik timmMiraMuhd Akbar Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Wan Azuraima Wan Hassan
Guest
Wan Azuraima Wan Hassan

salam. nak tanya yang supir tu harga rm 140 untuk satu hari ke. maksud nyer klau 4 hari rm960 la yer untuk supir? tq

Fariz Izhan
Guest

wassalam. iya Wan. satu hari dalam lingkungan 140 ringgit. Kalau 4 hari 560 ringgit. Lebih jimat kalau kongsi beramai-ramai.

μ•„λ―Έλž— ν•˜λˆ” 🐣
Guest
μ•„λ―Έλž— ν•˜λˆ” 🐣

salam, harga tu termasuk minyak lah? kalau satu avanza naik 8 orang dewasa sorang kanak2 boleh tak? hotel dekat bali strict tak (kalau dia kata sebilik 2 orang means memang tak boleh lebih dari 2 orang)?? sebab ada tempat yang hotel strict macamtu. Okayy, thank you in advance for your answer.

Fariz Izhan
Guest

wassalam. yes. harga tu termasuk minyak dan boleh naik seberapa ramai pun. lagi ramai lagi bagus untuk kongsi tambang. hehe.

ada hotel yang strict. tapi atas budi bicara masing-masing. ada je hotel terima dan siap boleh tambah tilam untuk keselesaan orang ketiga. mungkin susah sikit hotel nak terima kalau 4 orang 1 bilik..huhuhu

μ•„λ―Έλž— ν•˜λˆ” 🐣
Guest
μ•„λ―Έλž— ν•˜λˆ” 🐣

Okay thank you πŸ™‚

Fariz Izhan
Guest

no problem πŸ™‚

Qhalisha Wee
Guest
Qhalisha Wee

Hai.. saya bakal travel bali prtengahan bln jan nnt. blh mntk no hp supir yg murah ?

Fariz Izhan
Guest

Hai. Awak ke yang dm saya di instagram tu?

Muhd Akbar
Guest
Muhd Akbar

Salam, wajib ke sewa supir? Kalau tak sewa susah tak?

Fariz Izhan
Guest

Salam. Bergantung atas plan dan aktiviti berjalan kita sebenarnya. kalau santai sekadar jalan tepi pantai, nightlife, makan2 sekitar 5km-7km boleh je ambik grab/taxi. tak pun sewa motor. lagi syok explore bali sendiri. πŸ™‚

Muhd Akbar
Guest
Muhd Akbar

Oh ye laa. Tak teringat ada grab/taxi. Haha. Ok terima kasih πŸ˜€

Mira
Guest
Mira

Hi. Bole ke share contact supir tu? Tq

cik timm
Guest

otw nak ke sana juga, kwamn baru ajak amik pakej bulan januari tahun depan..so mksudnya this month dah kena cari tiket flight kan..

vak
Guest
vak

kalau sewa motor macamana ye proses dia? betul ke kena tinggalkan lesen kita?