Senarai 10 IGShop Malaysia Murah dan Popular 2018

Salam dan hi,

Untuk korang yang takde idea atau sedang mencari kat mana nak cari baju dan tudung yang murah dan berpatutan secara online.

Juga sesuai untuk korang usha buat baju raya nanti!

Entri ini lebih kepada girls sahaja okay. Tapi kalau ada boys yang nak cari buat hadiah bagi pasangan dia pun boleh.

Okay.

Ini dia senaraikan website dan IG shop untuk korang survey:

Shopping Baju

Untuk pakaian saya ada jumpa beberapa IG shop yang jual harga bawah RM50. Sesuai sangat bagi student yang nak cari harga yang berpatutan dan murah. Korang boleh skrol ke bawah dan klik ke link nama IGshop atau website tersebut.

Senarai bawah ini banyak jual blouse dan tshirt yang murah-murah dan cantik-cantik. Mur mur dan can can gitu. xD

Bagi korang yang nak pakai untuk ke kelas, saya syorkan untuk korang survey dibawah:

  1. Hijab Galeria (https://www.hijabgaleria.my)
  2. Poplook (https://poplook.com/home)
  3. @gayekisha -IgShop

Sebab kat situ harga dalam sekitar RM20-RM40 je.

Bagi korang yang suka gaya kasual untuk keluar kemana-mana. Saya cadangkan korang survey di IG shop berikut:

  1. @TeSimply- IgShop
  2. @by.gerobokexclusive
  3. @Afinmuslimah
  4. @Malabismuslimah
  5. @lemarimuslimah

Haa dekat situ banyak gaya kasual yang bersesuaian yang penting simple dan menutupi aurat. Saya sendiri pakai untuk beriadah, ke kelas waktu malam atau time malas gila nak fikir baju apa dan malas iron haha.

Shopping Tudung

Okay untuk bab shopping tudung ni memang favourite saya sangat. Dari dulu lagi saya selalu usha shopping online tudung memang rambang mata. Tak tahu nak pilih yang mana. Warna apa. Gaya apa. Masuk tak dengan baju, seluar, kasut. Kalau boleh biar berbaloi lah. Kan.

Ha itu lah sebab girls take time bila shopping haha. 😛

Lepas tu, girls ni mana la cukup nak ada satu warna je tudung. Mesti ada je rasa nak tukar gaya lain kan. Kadang-kadang tu kata-kata abang saya yang saya ingat sampai sekarang ialah “tudung tu boleh dijadikan sebagai langsir dah”. hihi

Sampai macam tu sekali. huhu Entah lah..haha okay. Sorry. banyak bebel pulak.

Ha. Ini dia. Saya senaraikan nama IGshop Malaysia yang jual tudung yang popular dengan harga yang berpatutan :

Senarai 10 Online Shop Baju & Tudung Bawah RM50

  1. @geeta.my
  2. @HijabGaleria
  3. @Fitiyascarves
  4. @Lovehazna
  5. @Mustaphshoveri
  6. @Izzahzakiah
  7. @Cloverush
  8. @Alyssumscarve
  9. @Muslimahville
  10. @Mawaddah Izzati

Okay cukup saya maximumkan senarai shopping tudung ni nanti korang pening pulak haha. Semua diatas tu harganya dalam sekitar RM20-RM40 juga.

Bergantung atas jenis tudung itu juga. Ada yang mahal dan murah. Saya selalu beli dalam lingkungan RM20-RM30 sebab kualiti tudung tu sendiri lari jauh dengan tudung yang berjenama yang mahal-mahal.

Ada je yang jenis murah dan cantik bila pakai. contohnya dekat Hijab Galeria tu. Kat situ diorang ada jual bawal satin bercorak yang berharga bawah 20 ringgit tau!

Dah la bidang besar dan banyak respons yang positif. Saya suka beli dekat Hijab Galeria tu sebab dapat harga murah dengan kualiti baju dan tudung yang setanding dengan jenama yang mahal.

Jadi korang cuba lah usha dekat situ ya. Ha. Pilih-pilih. Shopping shopping. Borong-borong. Hehe

Okay sis. Itu jer yang dapat saya share sekarang. Kalau korang ada lagi cadangan IgShop Malaysia brand local yang lagi murah atau berpatutan boleh share dekat comment bawah ya. Thanks!

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of