Pengalaman Terbang Terus ke Singapura dari Kota Bharu, Kelantan dengan FlyScoot

Sempena pembukaan laluan baru dengan penerbangan terus dari Kota Bharu, Kelantan ke Singapura oleh FlyScoot, saya pun ambil peluang untuk pergi semula ke Singapura dan jadi antara penumpang yang terawal untuk menggunakan laluan ini. 

Bagi penerbangan dari KBR ke SIN, bilangan penumpang berjumlah 143 orang dari 180 jumlah seat. Manakala penerbangan SIN ke KBR, bilangan penumpang berjumlah 70 orang dari 180 seat. 

Di Singapura, Scoot akan mendarat di Terminal 2, Changi airport

Kawasan Supertree Grove adalah percuma, Gardens by the Bay. Untuk berjalan di titian gantung OCBC Skyway perlu dapatkan ticket.

Saya sempat cover beberapa tempat baru dan juga tempat lama yang saya pernah pergi. 

Ini itinerary dari 5 hingga 7 julai yang saya rekodkan buat rujukan anda semua.

5 Julai 2019; JUMAAT

  • Berlepas dari Kota Bharu pada jam 4.00pm, mendarat di Changi Airport pada jam 5.25pm.
  • Singapore Tourist Pass 3 day.
  • Check in Jamilla Boutique Inn;
  1. Naik Airport MRT
  2. Tukar MRT di Tanah Merah EW4
  3. Turun Bugis Station EW12 (Green Line), 
  4. Jalan kaki 15 minit (dekat Malay Heritage Centre).
  • Chinatown.
  1. Naik Bugis Station (ambil Blue Line) DT14
  2. Turun Chinatown DT19.

Cloud Forest. Bahagian pintu masuk. Disini terdapat beberapa bahagian seperti Cloud Forest Theatre, Secret Garden, Waterfall View, Crystal Mountain, Treetop Walk.

6 Julai 2019; SABTU

  • Jurong Lake Gardens, masuk adalah percuma;
  1. Naik Bugis station EW12
  2. Turun Lakeside EW26.
  • MacRitchie TreeTop Walk, masuk adalah percuma;
  1. Dari Flame Tree Park Bus Stop
  2. Jalan kaki ke Venus Drive Car Park, dari sini kami bermula pukul 12.00 pm 
  3. Sampai di Ranger Station pada jam 1.00 pm. 

Di Ranger Station ada Water Station dan tandas. 

Untuk lalu ke treetop walk pastikan anda sampai awal sebab kemasukan terakhir adalah jam 4.45 pm. Pukul 5 pm pintu akan ditutup, di sini juga ada ‘ranger’ yang jaga. Masuk adalah percuma.

  1. Dari Ranger Station ke Treetop Walk sejauh 500 meter, 
  2. Selepas Treetop Walk kami patah balik pulang ke Venus Drive Car Park
  3. Tiba pada pukul 2.55 pm. 3 jam perjalan pergi dan balik.
  4. Naik dari Lakeside EW26 ke EW21 atau CC22 Buona Vista,
  5. Turun ke CC16 Marymount (Brown Line), 
  6. Naik di Shunfu Estate Bus Stops untuk ke Flame Tree Park bus stops.

Cloud Forest. Bahagian pintu masuk. Disini terdapat beberapa bahagian seperti Cloud Forest Theatre, Secret Garden, Waterfall View, Crystal Mountain, Treetop Walk.

  • Gardens by the Bay; (banyak tempat menarik sini)
  1. Dari Flame Tree Park Bus Stops ke Shunfu Estate Bus Stops
  2. Dari CC16 Marymount ke CC19 atau DT9 (Blue Line) 
  3. Turun DT16 Bayfront.
  • Marina bay.
  • Merlion park.
  • Pulang ke Jamilla Boutique Inn;
  1. Merlion park
  2. Naik di EW14 Raffles Place ke EW12 Bugis Station

Merlion Park. Ramai orang masa ni tengah tunggu pertunjukan bunga api. Dari sini boleh jalan kaki ke Gardens by the Bay, Marina Bay dalam 30 minit atau naik MRT.

7 Julai 2019; AHAD

  • Masjid Sultan, Haji Lane, Malay Heritage Centre
  1. Tempat-tempat ini berdekatan antara satu sama lain.
  • Pulang ke Changi airport;
  1. Naik dari Bugis station EW12  
  2. Tukar MRT di Tanah Merah EW4 untuk ke Airport MRT Terminal 2. 
  • Berlepas dari Changi Airport jam 2.45 pm, mendarat di Sultan Ismail Petra Airport, KB pada jam 4.05 pm.

The Rain Vortex tarikan baru di Changi Airport, terletak dalam bangunan Jewel Changi Airport,10 minit berjalan kaki dari bangunan terminal 2. The Rain Vortex juga merupakan air terjun dalaman yang terbesar. Dibuka kepada orang awam pada 17 April 2019.

Tiket Penerbangan

KBR > SIN > KBR; MYR 253. Dibeli pada 14 februari 2019. Masa ni Scoot baru lancar promosi jualan tiket.

Penginapan

Saya dan seorang kawan menginap di Jamilla Boutique Inn. Beralamat; 10 Aliwal Street Singapore, Singapore, 199903. MYR 308 untuk 2 malam. Bahagi 2 orang jadi MYR 154 seorang.

Tempah dalam agoda.com. Lokasi penginapan berdekatan dengan Masjid Sultan. 5 minit berjalan kaki. Dengan Bugis Station pun dah dekat.

Manakala tiket Cloud Forest dan Flower Dome adalah MYR 70. Tempah di https://www.klook.com/…/a…/127-gardens-by-the-bay-singapore/

Pertukaran watawang

  • MYR 3.07 = SGD 1
  • MYR 750 = SGD 244

Belanja di Singapura

1. Singapore Tourist Pass untuk 3 hari adalah SGD 20 nak kena tambah SGD 10 untuk deposit yang akan dipulangkan nanti.

2. 3 beg untuk SGD 10, 3 rantai kunci (keychain) SGD 5, 3 helai baju, SGD 7.90 dibeli dalam $2 Shop yang hadapan dengan Masjid Sultan.

Makan minum

Hari Pertama

Makan kat Kampong Glam Cafe. Mi siam SGD 3.50 dan teh o’ ais SGD 1.50.

Hari Kedua

Makan kat Restoran Zam Zam. Kuew tiaw goreng SGD 4.50 dan teh ais SGD 2.

Nota: Pagi dan tengah hari makan bekalan roti yang dibawa dari rumah dana pada waktu malam sahaja makan di kedai. Kemudian cuba nasi lemak dalam penerbangan bersama Scoot SGD 12.

SGD 244 tolak jumlah belanja SGD 66.40. Ada lagi SGD 177.60 yang berbaki sebanyak MYR 540.

Gambar adalah dari saya sendiri, Lutfi Mohamed. Terima kasih. 

Lagi 10 gambar lain kat Facebook, Lutfi Mohamed

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of