Pengalaman Percutian ke Langkawi dengan Kereta Sewa Wahdah

Kereta sewa di Langkawi!

Salah satu perkara yang harus ada untuk memudahkan kita bergerak kemana-mana dalam percutian ke Langkawi atau mana-mana sahaja, sudah tentu lah khidmat kereta sewa yang khas untuk bercuti dan melancong dalam Malaysia.

Mengikut pengalaman saya. Bercuti bawa kenderaan sendiri makan masa yang banyak. Siapa pernah road trip jauh-jauh sampai akan faham kenapa. Kalau cuti ada banyak. Memang takkan kisah sangat nak ber-road trip sampai satu minggu. huhu

Banding dengan naik kapal terbang. Kejap je sampai. Lepas tu pakat sewa kereta ramai-ramai untuk enjoy percutian yang singkat. adoi

Untuk trip ke Pulau Langkawi ini, saya sarankan anda untuk membuat tempahan melalui WAHDAH.MY . Kalau belum ada kereta sewa lah..

atau…

Anda boleh terus ke laman web mereka di https://www.wahdah.my/ dan lihat pelbagai pilihan kereta sebelum menempah. Sebarang pertanyaan boleh terus diajukan di website tersebut melalui LIVE chat. Sangat mudah berurusan dengan tindakbalas yang cepat.

Untuk pengetahuan anda, WAHDAH merupakan syarikat berdaftar milik penuh bumiputera dari Melaka. Mereka juga mempunyai beberapa cawangan di lokasi tumpuan utama pelancong termasuk Sabah dan Sarawak. Naissss kan… 😀

Menariknya, anda boleh dapatkan diskaun yang lumayan bagi pengguna kali pertama apabila anda membuat tempahan dengan WAHDAH. Tambahan pula, ketika anda membuat tempahan, akan ada promosi.

Jimat banyak nih! Boleh pergi mana-mana dengan kereta sewa di Langkawi. 😉

Anda boleh follow FB page, Instagram dan Twitter mereka untuk ikuti promosi dengan jumlah diskaun yang menarik.

Kereta sewa kat Langkawi ni memang banyak sangat. Kalau anda touch down je dari jeti, anda terus di sambut oleh ejen-ejen kereta sewa. Kalau dari airport, anda boleh lihat kaunter kereta sewa yang berderet di airport. Masing-masing menawarkan kereta dengan caj yang boleh dikatakan agak murah.

Namun, ianya agak berisiko apabila tiada “terma & prosedur” yang jelas berkenaan sewa kereta tersebut. Terutama sekali, kereta sewa yang diuruskan oleh ejen persendirian atau syarikat tempatan.

Untuk mengelakkan anda tertipu dengan sebarang masalah yang mungkin akan merugikan masa dan duit anda, seeloknya anda menyemak dahulu perkara seperti berikut sebelum anda melanggan syarikat kereta sewa yang lain :

  1. Hubungi syarikat kereta sewa dan sahkan syarikat itu adalah syarikat yang anda cari. Perkenalkan diri anda dan tanya dengan siapa anda berurusan.
  2. Beri maklumat model kenderaan yang diperlukan, tarikh untuk sewa dan tempoh masa sewa. Korang boleh juga tanya pendapat anda kenderaan yang sesuai mengikut keperluan sama ada dari segi tujuan sewa atau bajet anda.
  3. Mereka akan perikasa sama ada kereta available atau tidak. Sekiranya available, anda akan maklumkan dan sekiranya tidak anda akan bagi cadangan kereta lain yang available.
  4. Tanya kadar sewaan untuk model kereta yang diperlukan mengikut tempoh masa yang ingin disewa. Tanya juga rate promosi atau diskaun sekiranya ada.
  5. Tanya caj-caj lain sekiranya ada. Biasa nya jika anda memerlukan servis penghantaran akan ada sedikit caj tambahan bergantung kepada lokasi. Penting juga untuk bertanya caj yang dikenakan sekiranya lewat pulang kereta.
  6. Tanya jumlah deposit booking/insuran yang dikenakan.
  7. Biasanya deposit booking/insurans tersebut akan di pulangkan selepas pemulangan kereta sekiranya kereta di pulangkan dalam keadaan yang baik dan tiada rekod saman.

Semoga perkongsi ini membantu kepada yang memerlukan. Komen dibawah tentang pengalaman anda bersama kereta sewa Wahdah. 🙂

Selamat bercuti.

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of