Travelog Laos – Pengalaman Hari Kelapan

2 Oktober, Hari kelapan saya berada di Laos. 3 hari lepas jatuh motor. But I’m getting better now. Cewah. Tetiba speaking. Semangat untuk sembuh kononnya. Aheh Beginilah pengalaman pertama kali saya travel ke Laos, kampung isteri saya.

Seawal jam 6 pagi saya dan Aisyah ke pasar. Jadi saya sempat online kejap. Baca mesej kejap. Buka Instagram kejap. Semua kejap. Sebab mak ayah menunggu dirumah untuk sarapan sebelum pergi kerja. Langit pun tak berapa cerah.

Tergesa-gesalah kami membeli makanan di pasar untuk sarapan bersama adik-adik sebelum pergi ke sekolah.

Dapat tengok buku budak sekolah disini. Rehat jam 11 pagi dan mula kembali jam 1 tengahari.

Gitulah sekolah rendah disini. Dekat je. Boleh balik rumah main.

Sekolah menengah pula jauh. Ambik masa lebih kurang 45 minit naik basikal.

Hari ini saya tangkap gambar, simpan gambar dan entri untuk diposkan ke dalam blog ini apabila dapat akses internet nanti untuk korang feel pengalaman saya balik kampung isteri saya di Laos.

Update: Baru sempat update. heh

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of