Pengalaman ke Krabi 4 Hari 3 Malam Meredah dengan Kereta

Baru-baru ini naik di timeline facebook aku ‘memories’ gambar aku tengah bercangkung membelek tshirt di kedai tepi jalan sekitar pantai Ao Nang. Haha sudah 7 tahun rupanya sampai aku sendiri pun sudah lupa ada upload gambar tu. Teringat pula kenangan pahit manis kelakar mengarut masa travel ke sana. 

Pengalaman ke Krabi 4 hari 3 malam meredah dengan Kereta.

7 tahun lepas, teknologi tak lah sehebat sekarang dan telefon pun tak berapa nak pintar sangat dari segi kamera semua tu. 

Krabi November 2013

7 tahun lepas juga tak ramai lagi orang share info dalam bahasa melayu, travel tips atau ‘simple itenerary’ pasal Krabi ni. Jadi banyak kami main redah je lah. Dan aku sendiri pun takde share apa-apa di facebook tentang travel kami melainkan sekeping gambar yang tak berapa nak sharp itu.

Sekarang, aku terasa terpanggil pula nak share secubit kenangan naif semasa travel ke Krabi 7 tahun lepas. Jujurnya, banyak ‘moment’ yang aku sendiri sudah lupa tapi aku cuba cerita gambaran secara ringkas. Moga-moga korang boleh ambil iktibar; dan dapatlah sedikit info jika mahu travel ke sana akan datang. Pakej Krabi 4 hari 3 malam juga ada disediakan dibawah.

Dijadikan cerita, seorang kawan aku, Ariff bergurau ajak travel ke Krabi dengan drive kereta ke sana.

Kebetulan dia pula baru seminggu angkat kereta baru. Kiranya nak rasmi road trip lah. Tapi baru seminggu beb. Tak habis pantang. Alih-alih kawan lain ambil serius dan datang mengejut ke rumah Ariff selang beberapa hari dengan bergalaskan beg-beg besar. Ariff yang bergurau ni serba salah dibuatnya, esok pagi juga dia terus ke imigresen berdekatan dan buat passport.

Semua bersemangat habis. Masing-masing belum pernah jejak Krabi.

Tengahari tu sesudah siap urusan passport, dengan beg-beg baju siap packing dalam bonet kereta, minyak petrol ‘full tank’, kami 5 sekawan terus gerak ke sempadan Rantau Panjang. 

Oh ya, Ariff siap bawa PS3 sekali dalam bonet. Tepuk dahi aku! Dalam kereta. Kami pasang lagu kuat-kuat, sambil nyanyi ramai-ramai; excited sungguh lagi-lagi first time masuk ke Thailand sambil drive pulak tu. Haha

Kamera iPhone 5s

Harga pakej murah ke Krabi 3 hari 2 malam ada kat bawah untuk korang survey.

Cara Masuk Kenderaan Malaysia ke Thailand

Sampai di sempadan, dengan senyuman melebar di muka masing-masing, kami beratur untuk cop passport seperti kebanyakkan orang. 

Tiba-tiba kawan aku, Ariff mengeluh “Ah sudah!“. 

Minit terakhir periksa keperluan dokumen untuk bawa masuk kenderaan Malaysia ke dalam negara Thailand !!!

Rupanya ada beberapa dokumen kami terlepas pandang berkenaan kemasukan kereta Malaysia ke Thailand. Tapi ingatan aku pada perkara ni sudah samar-samar. Tak silap aku pegawai imigresen thai arahkan kami patah balik. Hahahadoi kiteorang panik kejap.

Untuk ingatan bersama, aku letakkan sekali link disini cara-cara untuk membawa masuk kenderaan Malaysia ke Thailand supaya sesiapa yang berhajat demikian boleh rujuk laman web ini. http://www.mytravelcerita.com/2019/03/bagaimana-cara-bawa-masuk-kenderaan-ke.html

Su-Ngai Golok Boundary Post 2016

Siap ada rujukan lagi untuk korang. Barulah kena dengan perkongsian pengalaman ke Krabi 4 hari 3 malam meredah dengan kereta ini.

Beberapa jam kemudian, alhamdulillah lepas juga akhirnya kami masuk ke Thailand. Berpandukan ‘Waze’ yang sudah di lakukan dari Kota Bharu, dalam jangkaan 8 jam kemudian kami akan sampai ke hotel di Krabi yang kami tempah siap dengan Agoda

Kami melalui beberapa wilayah selatan thai seperti Narathiwat, Yala dan Pattani dan kami sempat juga berhenti solat di masjid yang senang didapati di wilayah tersebut. 

Namun, akibat main redah kami ini, duit Baht kami terlupa nak tukar malahan simkad thai pun kami tak beli ketika melalui Sg. Golok yang mana saya ingat 7 tahun lepas masih menerima bayaran dalam duit ringgit. 

Berat nanang! 

Maka terpaksalah kami berlapar sepanjang perjalanan sambil memandang sepi kedai-kedai tomyam yang berderet melambai-lambai suruh singgah. 

Simkad Thai dan Pakej Internet 2019 yang Berbaloi

Kepada anda yang travel melalui Sungai Golok boleh lah beli siap-siap simkad thai di sana ya. Cumanya bayaran mesti lah dalam Baht sebab ringgit kita tengah jatuh sekarang ni. Diorang sudah tak terima ringgit. 

tak sama tahun 2013 dulu

Oh ya, dan sekarang juga simkad thai sudah banyak menawarkan pakej internet yang menarik dan berbaloi seperti Dtac yang menawarkan unlimited data selama 8 hari serendah 299 baht

Untuk perbandingan simkad thai dan pakej-pakej yang menarik, anda boleh baca di link ini pula. https://www.traveltomtom.net/destinations/asia/thailand/best-thailand-tourist-sim

Sebelum sampai ke hotel, kami juga ada beberapa kali tersalah jalan, terpaksa pusing kerana jalan tutup akibat banjir dan terlanggar anjing liar sehingga patah nombor plate depan. Kami juga sempat terpaksa pinjam tandas pekerja 7-eleven kerana sudah ‘tak tahan’. 

Berat nanang 2.0

Aku masih ingat, tergelak-gelak gadis pekerja 7-eleven bila kami berlima datang serbu untuk meminjam tandas.

Pengalaman ke Krabi 4 hari 3 malam dengan kereta ini sangat bermakna bagi aku. Ada secubit suka dan duka bersama rakan-rakan lain.

Ini untuk korang survey.

Pakej Krabi 3 Hari 2 Malam tidak termasuk flight 

Serendah RM349 seorang (Travel Mei-Oct) – Low Season

  • 2-4 orang = RM389 seorang
  • 5-7 orang = RM369 seorang
  • 8-10 orang = RM349 seorang

Serendah RM499 seorang (Travel Nov, Mac & Apr) – High Season

  • 2-4 orang = RM439 seorang
  • 5-7 orang = RM419seorang
  • 8-10 orang = RM399 seorang

Serendah RM439 seorang (Travel Dec-Feb) – Peak Season

  • 2-4 orang = RM479 seorang
  • 5-7 orang = RM459 seorang
  • 8-10 orang = RM439 seorang

Harga budak (3-12 tahun)

  • budak termasuk tilam (tolak rm20 dari harga pakej kat atas)
  • budak taknak tilam (tolak RM50 dari harga pakej kat atas)
  • infant (free) 0-2 tahun

Pakej termasuk:

  • Airport Transfer (2 hala)
  • Hotel 2 malam at D Palace, Aonang, Krabi (1 bilik 2 orang)
  • Island Hopping (4 island by long tail boat)
  • Scooter percuma untuk 24 jam (1 skuter kongsi 2 orang)
  • Packaging lunch dalam persinggahan 4 pulau (lunch bajet)
  • Percuma buahan dan air mineral ketika persinggahan 4 pulau
  • Snorkeling dan kelengkapan snorkeling disediakan

Tidak termasuk:

  • National park entrance fee for 4 Islands (400baht)

Kalau ada request nak pergi Phi Phi Island ke, Emerald Pool ke, boleh diuruskan juga.

Ada company minta bersama meals pun boleh. 

Pakej Krabi 3 hari 2 malam boleh WhatsApp Fariz untuk pertanyaan dan tempahan.

Seterusnya aku nak kongsi mengenai hotel. Yes. Pengalaman Krabi 4 hari 3 malam meredah dengan kereta belum tamat.

Hotel-Hotel di Krabi dengan Lokasi yang Menarik dan Harga Berpatutan

Tiba di Krabi pada 3 pagi, hampir 1 jam pula kami terpaksa pusing mencari kawasan hotel yang agak terpencil. Dengan tiada internet lagi, penat nak cari orang untuk tanya lokasi tengah-tengah malam ni. 

Bila dah jumpa hotel, kaunter pula dah gelap. Pekerja entah kemana; dah tidur barangkali. 

Agak lama kami tunggu barulah datang pekerja dan akhirnya hampir ke subuh jugalah dapat masuk ke bilik. 

Ini lah akibat main redah dan tidak pelan perjalanan baik-baik. Jadi eloklah anda pelan sebaiknya perjalanan, kalau boleh sampai di Krabi waktu siang untuk check-in pada waktu operasi. 

Dan juga pilihlah lokasi hotel yang menarik disamping mudah untuk sampai dan ‘hidup’ pada waktu malam. Ini link aku kongsi buat rujukan : https://www.tripadvisor.com/Hotels-g1507054-Ao_Nang_Krabi_Town_Krabi_Province-Hotels.html

Kolam Hotel di Krabi Gambar 2013

Korang juga boleh guna apps Agoda, Booking.com, Trivago dan sebagainya untuk cari hotel yang berkenan di hati anda dan dompet anda juga. 7 tahun lepas tak ada lah sebanyak sekarang pilihan online nak cari hotel. Untunglah.. 

Sini aku nak kongsi itinarary 4 hari 3 malam kiteorang pada tahun lalu di Krabi untuk perbandingan Krabi tahun 2013 dengan sekarang. 

Ada banyak perubahan ke? Kalau korang baru balik dari Krabi semalam. Silakan share gambar terbaru. Harap tak banyak perubahan yang telah berlaku. Aku tak nak sesat lagi. huhuhu

Hari Pertama – Pusing sekitar Jalan Ao Nang

Keesokkan hampir ke tengahari, kami mulai pusing bandar Krabi untuk mencari simkad dan menukar wang. Selepas itu singgah di masjid yang berada di sekitar serta makan di gerai-gerai makanan halal di tepi masjid. Hampir ke malam, kami pusing-pusing di kedai-kedai yang meriah dibuka sekitar Jalan Ao Nang

Maka mula lah kami rasa menyesal kerana telah booking ‘hotel terpencil’ selama 4 malam dan tak menginap di hotel-hotel di area yang ‘hidup’ ini.

Di Jalan Ao Nang yang menghadap laut ini terdapat banyak hotel-hotel, hostel, guest house, restoran halal, street food dan gerai buah-buahan, pengurup wang, pakej-pakej tour dan kedai-kedai menjual cenderamata. Makanan halal memang banyak sini.

Senang cerita, kalau ke Krabi, rugilah kalau tak tinggal di hotel sekitar jalan Ao Nang. Pemandangan pantai pun cantik dengan pasir yang memutih serta bukit batu kapur ‘seketul’ di tengah-tengah laut. Instagramable beb!

Jalan-jalan sambil mencuci mata, kami terfikir apa nak buat selama di Krabi ni. Dan sebenarnya banyak rupanya aktiviti boleh dibuat bila terpandang iklan-iklan dari kedai-kedai tour agent yang bersusun banyaknya. 

Serius !

Haha dulu tak terfikir nak google ‘Things to do in Krabi’. Jadi nah satu link lagi untuk korang baca dan berangan : https://www.thecrazytourist.com/top-25-things-to-do-in-krabi-thailand/ . Kalau tak berminat, boleh tekan link lain di search result.

Untuk pakej-pakej tour dan aktiviti di Krabi, korang kalau kesana boleh terus ke mana-mana tour agent di sekitar Ao Nang tu. Harga pun boleh tawar menawar. Malam tu juga kami beli pakej tour Phi Phi Island dengan harga 2000 baht seorang

Menurut gadis tour guide. Katanya esok pagi mesti berkumpul di tepi pantai bersama kumpulan lain untuk naik boat besar ke Phi Phi Island.

Hari Kedua – Phi Phi Island Tour

Pagi tu, rupanya ramai lagi pelancong lain yang rata-rata ‘mat saleh’ bersama kami naik satu boat besar ke tengah-tengah laut. Lokasi Phi Phi Island adalah di tengah-tengah teluk di Laut Andaman yang mana turut berdekatan dengan tanah besar Phuket.

Untuk pakej ke Phi Phi Island, kami dapat snorkelling di beberapa lokasi, pusing-pusing di Maya Bay yang cantik gila view (tempat Leonardo DiCaprio berlakon dalam filem The Beach), Lo Sama Bay, Pileh Lagoon, Bamboo Island dan free lunch di Phi Phi Island tepi pantai. 

Tapi aku tak sempat nak hiking ke Phi Phi View Point sebab aku tak tahu. Kalau aku tahu dah tentu aku naik Phi Phi View Point itu! Haha 

Bila balik Malaysia baru usha-usha gambar di instagram dan ada rupanya tempat yang mana kita boleh tengok permandangan almost whole island. Ruginya rasa. 

Kira-kira hampir ke petang juga barulah kami pulang ke Krabi. Untuk aktiviti malam tu kami hanya pusing lagi sekitar jalan Ao Nang. Hanya santai-santai kerana letih seharian main air. Sunburn pun boleh tahan juga teruknya. Jadi korang jangan lupa masukkan sunblock lotion dalam list barang nak bawa kalau join pakej ke Phi Phi Island ya. 

Oh ya, malam tu juga kami beli pakej kayak di Krabi National Forest berharga 500 baht. Esok pagi van akan datang jemput di hotel.

Hari Ketiga – Kayak di Ao Thalane

Sampai di kampung entah mana (Ao Thalane Kayak Krabi kot), ketua rombongan memberi sehelai seorang jaket keselamatan. Mesti pakai sebab turut melalui sedikit kawasan air sungai yang deras, katanya. 

Kayak di Krabi 2013

Dia turut ajar cara mendayung kayak kepada kami yang mana aku dah pandai sebab pernah kayak zaman sekolah dulu. Hehe. Kami turuti melalui kawasan pokok bakau, celahan tebing tinggi batu kapur, masuk gua gelap dan tembus di satu tempat lapang. 

Kemudian kami berhenti rehat dan diberi buah-buahan potong yang mana aku sangat ingat rasa manis buah nenas tu. Lain macam manis dia, dah lah tak rasa tajam di lidah. Dari situ, aku memang cari buah nenas kalau ke Thailand. Huhu.

View sepanjang aktiviti kayak tu bagi aku memang cantik dan mengagumkan. Agak berbaloi dengan harga yang aku bayar dengan pemandangan dan pengalaman yang aku dapat. Korang juga boleh lah cuba aktiviti di hutan dan sungai ni andai ke Krabi, bukan hanya terhad pada aktiviti air di pantai atau lawatan pulau saja.

Baki hari tu kami hanya rehat di bilik dan mandi-mandi di kolam hotel. Serius penat juga berkayak tu sampai nak berenang pun letih tangan nak angkat. Alih-alih tenggelam terus. Malam tu main PS3 di bilik je. Adoyai

Hari Keempat – Pusing Ao Nang, beli Cenderamata sebelum Pulang

Sudah 4 hari 4 malam di Krabi, dengan kerja yang menanti di Malaysia, kami terus check-out hotel dan bergerak pulang menuju Kota Bharu. Sempat juga singgah di beberapa kedai cenderamata di tepi jalan nak bagi family di rumah. 

Aku waktu itu kali pertama nampak sabun macam-macam bentuk dan perisa, borong lah sikit nak bagi kawan-kawan dan family. Tak ada idea nak beli apa selain keychain dan magnet peti ais, adalah aku beli juga sikit makanan thai seperti sambal-sambal exotic dan rare, kerepek buah-buahan dan tshirt krabi.

WhatsApp Fariz untuk pertanyaan dan tempahan pakej Krabi.

Bagi aku negara Thailand adalah negara syurga makanan dan buah-buahan, jadi banyak kepada itu lah barang-barang yang aku borong. Namun, bagi korang yang tak ada gambaran lagi barang dan cenderamata yang boleh dibawa pulang dari Krabi, boleh usha-usha gambar dan baca di link ni https://www.yourkrabi.com/shopping-in-krabi/

Ataupun borong je bila nampak benda cantik-cantik di mana-mana kedai.

Untuk perjalanan pulang kali ini kami sampai awal dari anggaran melalui aplikasi Waze. Sampai di sempadan Rantau Panjang sebelum maghrib dan sempat lah juga kami merasa tomyam di Pattani yang melambai-lambai ketika perjalanan pergi ke Krabi.     

Lain Kali Rancanglah Elok-Elok ya!

Jujurnya bagi aku, trip kali ini banyak masa terluang tanpa diisi dengan aktiviti malahan duit dan bajet perbelanjaan tak dikira. Main belanja je, sedar-sedar boleh kata pakej yang kami beli sedikit mahal.

Sebenarnya trip kami ke Krabi ni adalah siri travel kami yang pertama sebab selepas tu kami ada terbang ke tempat lain. Dan trip kedua, sudah tentu kami merancang sebaiknya supaya dapat memaksimumkan masa ketika berada di satu destinasi.

trip tokyo 2014
Trip Tokyo Ogos 2014 – Fariz Izhan

Pun begitu, bagi aku banyak belajar dari siri pertama pengalaman aku travel ini. Momen-momen menarik inilah yang boleh aku ingat selalu dan ketawa bersama kawan-kawan bila mengenangkan kenaifan kami dulu.

Part Krabi pula, tempatnya memang best dan cantik dari segi view. Krabi seperti sedia maklum popular dengan pemandangan laut berlatar belakangkan bukit batu kapur. Jadi kalau tak ambil gambar di pantai tu agak rugi lah. 

Bagi traveler muslim pula, makanan halal dan masjid mudah nak jumpa. Aktiviti pula bermacam boleh dibuat, korang boleh baca link dia atas aku ada letak atau search je sendiri ‘what to do in Krabi’. Mudah mudah mudah. Kami sendiri pun tak pusing habis tempat lagi padahal dah bawa kereta tapi tak cuba bermacam aktiviti lagi. Panjang umur, next time InshaAllah repeat lagi! 

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of