Pedih dan Kering Mata Hadap Skrin Laptop

Serious tak selesa nak buat kerja. Nak tidur pun pedih. Jenguk cermin jap nak tengok mata aku. Ish. Serius pedih. Ada urat merah. Bila teringat pasal eye drops tu cepat cepat aku pakai seluar. Aku nak ke 7Eleven dan nak beli eye drops tu. *semangat*

Tak sampai 3 minit aku dah sampai 7E. Dekat je. Benda eye drops tu selalunya ada kat rak ubat gigi, minyak angin, lotion dan sebagainya. Cari punya cari. Ah sudah. Tak jumpa. Aku usha lagi lah rak tu buat kali ke dua dan aku perasan, takde pulak orang 7E nak tanya aku tengah cari ape..ah biarlah aku cari sendiri sampai dapat. /lantakdioranglah

Jumpa! Eh tinggal sekotak je?! Ish. Memang aku tak familiar dengan kotak eye drops nih. Sampai dua kali usha baru jumpa atau mungkin sebab jam pukul 1 pagi lebih? Tambah beli air green tea 2 botol. Satu lagi untuk adik aku yang masih berjaga.

Ni lah eye drops tu;

Eye Drops
Eye Drops

Aku duduk depan laptop lagi. Kali ni bersama eye drops. Dua titik untuk setiap mata aku. Pejam celik pejam celik aku tahan pedih. Tapi 2-3 saat lepas tu mata aku rasa sangat lega.

Kadang-kadang kalau mata tu rasa macam berat je nak ngadap kerja. Korang titik je eye drops tu dalam mata korang. hehe

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of