Pakej Ho Chi Minh 4 Hari 3 Malam – Info Private Tour

Salam dan hai semua,

Pakej Ho Chi Minh 4 Hari 3 Malam kali ini dalam bentuk Private Tour. Membawa maksud trip anda tidak akan campur dengan group lain. Kenderaan sewa (termasuk pemandu) dedikasi untuk kumpulan anda dan tidak akan campur dengan kumpulan pada waktu makan.

Saya terpanggil untuk buat entri ini sebab ada beberapa peserta tak faham kenapa harga tak sama untuk trip kurang 10 orang. Tak sempat update pakej Bangkok. Lagi.

Sebelum ini saya sudah adakan harga pakej tour ke Ho Chi Minh untuk 4 hari 3 malam dan 3 hari 2 malam. Saya juga ada sebut dalam pakej itu. Untuk trip lebih 10 orang secara automatik akan buat Private Tour. Manakala kurang 10 orang memang akan sedikit mahal dan lain harganya. 

Ini pautan (link) untuk ke entri Pakej Ho Chi Minh 4 Hari 3 Malam untuk harga serta jadual perjalanan.

Pertimbangkan kenderaan 15 tempat duduk iaitu van. Saya kira sudah cukup tampungan untuk trip 10 orang keatas dan sebaliknya untuk trip 9 orang kebawah.

trip sungai mekong ho chi minh

Ini dia harga Private Tour untuk Pakej Ho Chi Minh 4 hari 3 malam dan 3 hari 2 malam untuk rujukan pihak tuan dan puan semua.

Harga Ground Private Tour 4 Hari 3 Malam

  • 2-3 orang adalah RM780 seorang
  • 4-5 orang adalah RM700 seorang
  • 6 orang keatas adalah RM650 seorang

Harga Ground Private Tour 3 Hari 2 Malam

  • 2-3 orang adalah RM690 seorang
  • 4-5 orang adalah RM580 seorang
  • 6 orang keatas adalah RM530 seorang

Percuma bagi bayi bawah 3 tahun dan separuh harga dewasa bagi budak 8 tahun kebawah.

All-In pakej termasuk tiket penerbangan juga diterima. Survey dahulu hari apa yang murah untuk rujukan saya. Atau nak saya uruskan hari yang terbaik dan termurah pun boleh.

Ini nombor WhatsApp saya untuk sebarang pertanyaan dan rundingan untuk trip akan datang.

Akhir Sekali

Semoga dapat pencerahan mengenai Private Tour memang tak sama dengan tour lain yang biasanya memang join group. 

Ini jadual perjalanan (itinerary) untuk rujukan pihak tuan dan puan semua. 

Itinerary 3 hari 2 malam

HARI 1

  • Di lapangan terbang Saigon akan ada van atau bas menanti
  • Daftar masuk hotel
  • Pergi tempat buat baju kurung, kedai tudung nelofa (harga borong)
  • Pergi kilang kasut dan beg (kilang tutup jam 5 petang)
  • Makan malam

HARI 2

  • Sarapan pagi
  • Jam 7.45 pagi bergerak ke Sungai Mekong. 

Perjalanan ke Sungai Mekong mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Aktiviti di Sungai Mekong:

  1. naik bot besar pusing pulau
  2. naik kuda
  3. naik sampan
  4. tengok tempat buat gula-gula kelapa
  5. shopping madu
  6. makan buah-buahan
  7. minum teh madu
  • makan di restoran halal dan solat
  • jam 3.30 petang balik bandar Ho Chi Minh
  • balik bandar shopping di kilang telekung, tudung, kain sutera (cotton)
  • balik hotel mandi dan solat
  • membeli belah di Benh Thanh Market
  • Makan malam
  • Balik hotel

HARI 3

  • Sarapan pagi
  • Membeli belah di Ben Thanh
  • Daftar keluar hotel 
  • Hantar pulang ke lapangan terbang Saigon
tour sungai mekong ho chi minh

Manakala…

Itinerary 4 hari 3 malam

HARI 1

  • Di lapangan terbang Saigon akan ada van atau bas menanti
  • Daftar masuk hotel
  • Pergi tempat buat baju kurung, kedai tudung nelofa (harga borong)
  • Pergi kilang kasut dan beg (kilang tutup jam 5 petang)
  • Makan malam

HARI 2

  • Sarapan pagi
  • Jam 7.45 pagi bergerak ke Sungai Mekong. 

Perjalanan ke Sungai Mekong mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Aktiviti di Sungai Mekong:

  1. naik bot besar pusing pulau
  2. naik kuda
  3. naik sampan
  4. tengok tempat buat gula-gula kelapa
  5. shopping madu
  6. makan buah-buahan
  7. minum teh madu
  • makan di restoran halal dan solat
  • jam 3.30 petang balik bandar Ho Chi Minh
  • balik bandar shopping di kilang telekung, tudung, kain sutera (cotton)
  • balik hotel mandi dan solat
  • membeli belah di Benh Thanh Market
  • Makan malam
  • Balik hotel
tour terowong cu chi vietnam
Tour Terowong Cu Chi

HARI 3

  • Sarapan pagi
  • Tour Cu Chi Tunnels
  • Makan tengahari
  • Balik bandar Ho Chi Minh
  • Lawatan bandar ke Muzium Perang, pejabat pos lama, Hard Rock Cafe Ho Chi Minh dan masjid (bagi group yang beragama Islam)
  • Balik hotel dan makan petang
  • Pergi ke pusat membeli belah ( Linda Shop, Taka Plaza , Saigon Square…) 
  • Makan malam
  • Balik hotel

HARI 4

  • Sarapan pagi
  • Membeli belah di Ben Thanh
  • Daftar keluar hotel 
  • Hantar pulang ke lapangan terbang Saigon

Tambahan

Pakej Ho Chi Minh ini juga terbuka untuk kumpulan pelajar universiti dan rombongan syarikat bagi trip masing-masing. 

Suka saya ingatkan disini mengenai isu tawar menawar dengan peniaga di Ho Chi Minh. Lebih-lebih lagi dalam Benh Thanh Market. Sebenarnya ini lebih kepada perihatin masing-masing. Tawar menawar digalakkan tapi kalau takde niat nak beli. Lebih baik tanya harga saja buat survey.

Persediaan lain secara mendalam akan saya muatkan dalam entri seterusnya. 

Saya sekarang berada di Bangkok. Panggilan talian Malaysia sangat mahal. Saya syorkan panggilan melalui WhatsApp saja. 

Untuk tujuan periklanan dan lain-lain urusan yang berkait dengan blog. Boleh hubungi saya. 

Untuk buat tempahan dan sebarang pertanyaan;

Sambung mesej dalam WhatsApp pula

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of