Memburu makanan di Kota Bharu Kelantan – Dikuasakan oleh WAHDAH Kereta Sewa Online

Negeri Cik Siti Wan Kembang atau lebih dikenali sebagai “kelate” dikalangan rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian juadah makanan lokal seperti kuih muih, nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk dengan ulam cicah “sos” trademark negeri Kelantan iaitu Budu.

Namun, bukan itu sahaja yang ada. Terdapat pelbagai lagi tarikan lain yang menarik untuk anda terokai di Kelantan.

Jikalau anda tidak pernah atau tidak tahu dimana untuk menyewa kereta di Kelantan, saya sarankan anda menyewa dengan WAHDAH. Menyewa dengan WAHDAH sangat cepat, mudah dan berpatutan. Pihak WAHDAH juga sudah tersedia dengan servis “pick up & return” di Airport Kota Bharu (Sultan Ismail Petra Airport). Syaratnya hanyalah anda perlu booking kereta secara online di wahdah.my 12 jam sebelum tiba di Kota Bharu. Ini bagi memastikan pihak WAHDAH dapat menyediakan kereta anda sebaik mungkin.

Apa yang best nya dengan WAHDAH ni? Anda tidak perlu risau tentang keadaan kereta, 15% diskaun untuk tempahan kali pertaman dan berbagai diskaun serta “free upgrade” kereta bagi yang mendaftar sebagai ahli WaClub Premium. Proses booking adalah cashless. Pembayaran juga melalui PayPal. Anda juga boleh membuat pembayaran melalui kredit/debit kad atau online banking. Ianya sangat lah mudah, cepat dan selamat.

Disini saya kongsikan beberapa lokasi tempat makan yang dalam bahasa omputih “MUST TRY” bila anda bertandang ke ibu negeri Kelantan iaitu Kota Bharu. Malangnya lokasi-lokasi ini tempat makan ini tidaklah dekat antara satu sama lain, jadi saya sarankan anda menyewa kereta supaya lebih mudah bergerak ke lokasi-lokasi di bawah.

Jom memburu makanan di Kota Bharu bermula dengan sarapan!

Sarapan

1.Nasi Lemak Bersinar

Pemilik Nasi Lemak Bersinar, Azeman Mat Jusoh dengan dulang bersama menu popular pilihan pelanggan diluar kedainya di Kota Bharu. Gambar oleh Fathil Asri

Sarapan paling popular di Malaysia tidak lain tidak bukan adalah nasi lemak. Jadi, jika anda penggemar nasi lemak dan mencari sarapan di Kota Bharu, anda wajib cuba Nasi Lemak Bersinar Jalan Sultan. Nasinya berlemak sampai bersinar, dicampur pula sambal ikan bilis (resepi kelantan) yang sangat memikat. Lauknya pula ada bermacam jenis seperti ayam, daging, kerang dan bermacam lagi. Kalau nak campur pun boleh. Sangat sangat disyorkan sebab sangat sedap.

  • Menu MUST TRY: Nasi Lemak Bersinar
  • Lokasi: Jalan Sultan
  • Waktu: 7 pagi – 12 tengahari

2.Nasi Kerabu Tepi Bomba

Kalau anda nak rasa nasi kerabu yang paling power di Kelantan, anda mesti cuba nasi kerabu bomba. Gerainya terletak bersebelahan Balai Bomba Kota Bharu. Set yang paling padu adalah nasi kerabu dengan daging kambing bakar, anda pasti dah tak selera tengok nasi kerabu yang lain setelah merasa nasi kerabu bomba. Memey sedak nih. Saya ”make” sini ”sokmo”!

Misi memburu makanan di Kota Bharu, Kelantan pasti akan lengkap dengan hidangan nasi kerabu ini.

  • Menu MUST TRY: Nasi Kerabu Kambing Bakar
  • Lokasi: Sebelah Balai Bomba Kota Bharu
  • Waktu: 7 pagi – 12 tengahari

3.Kedai Kopi Din Tokyo

Restoran legend ini sudah memang terkenal di kalangan penduduk Kelantan terutama sekali orang Kota Bharu. Menu unik restoran ini adalah Telur Taliban dan Telur Ping Pong. Telur Taliban adalah telur ayam separuh masak dan sedikit cair. Telur Ping Pong pula telur separuh masak yang hampir masak, jadi bentuknya oren seperti bola ping pong.

  • Menu MUST TRY: Telur Taliban + Air Halia Telur Puyuh
  • Lokasi: Jalan Tok Hakim (berdekatan RHB Kota Bharu)
  • Waktu: 7 pagi – 10 malam

Makan Tengahari

4.Nasi Kukus Suriani

Nasi kukus antara menu kegemaran rakyat Kelantan apabila tiba “lunch hour”. Terdapat banyak gerai dan restoran yang menjual nasi kukus di sekitar Kota Bharu. Tapi hanya 3 kedai yang anda wajib cuba apabila ingin makan tengahari di Kota Bharu.

Nasi kukus ini lagi best bila dimakan bersama air teh ‘o’ ais, atau teh ‘o’ beng dalam bahasa lokal.

  • Menu MUST TRY: Nasi Kukus + Teh ‘O’ Beng
  • Lokasi: Suriani (tepi stadium), Zakini (Jalan Hospital)​, Zawani (Jln Sultanah Zainab)
  • Waktu: 12 tengahari – 6 petang (ada yang buka sehingga malam)

5.Nasi Sup Pak Mat Pulau Pisang

Satu restoran yang telah viral di media sosial kerana menunya yang unik dan padu, nasi sup ikan bersama teh tarik madu. Sedapnya memang power gila. Dekat sini memang penuh apabila waktu tengahari, jadi anda kena datang awal.

  • Menu MUST TRY: Nasi Sup Ikan + Teh Tarik Madu
  • Lokasi: Medan Ikan Bakar Kuala Besar
  • Waktu: 8 pagi – 4 petang

6.Restoran Syam

Anda suka makan pedas? Jangan lupa untuk singgah makan di Restoran Syam. Menu paling sedap di restoran ini adalah Kengsom dan Ketam Telur Masin. Kengsom disini merupakan masak pedas ala Thailand. Rasanya memang terbaik, sukar untuk di luah dengan perkataan. Penggemar masakan pedas memang wajib rasa.

  • Menu MUST TRY: Kengsom + Ketam masak Telur Masin
  • Lokasi: Jalan Hospital
  • Waktu: 12 tengahari – 3 petang, 6 petang – 9 malam

Makan Malam

7.Restoran 4 Seasons

Alang-alang dah hampir dengan Thailand, mestilah teringat pasal tomyam betul tak? Kalau anda ingin merasa tomyam yang “kaw” di Kota Bharu, anda wajib pergi ke Restoran 4 Seasons. Restoran ini merupakan “family-friendly” jadi amatlah sesuai untuk makan disini jika anda datang berkumpulan atau dengan keluarga. Menu famous di restoran ini sudah Tomyam, ditambah pula dengan daging rusa black pepper atau masak lada hitam.

  • Menu MUST TRY: Tomyam + Daging Rusa Masak Lada Hitam
  • Lokasi: Jalan Sri Cemerlang
  • Waktu: 12 tengahari – 2.30 petang,6 petang – 10 malam

8.Restoran KST Ikan Bakar

Nak makan malam seafood? Anda boleh ke Restoran KST Ikan Bakar. BErmacam jenis ikan bakar ada di sini. Ianya juga tidak lah jauh dengan lokasi “night market” yang agak terkenal di Kelantan, Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Jadi sebelum anda berjalan-jalan ke pasar malam ini, boleh lah anda lepak dulu untuk merasa ikan bakar. Memang berbaloi.

  • Menu MUST TRY: Ikan bakar + Bingsu
  • Lokasi: Batu 3, Wakaf Che Yeh
  • Waktu: 4.30 petang – 12 tengah malam

9.Roti Canai Cotek

Antara makanan yang unik di Kelantan adalah roti canai cotek. Rupanya hampir sama dengan roti canai banjir cuma di tengah roti ada telur dan sambal bilis. Wajib cuba kepada mereka yang pertama kali bertandang ke negeri Kelantan terutama sekali Kota Bharu.

  • Menu MUST TRY: Roti Canai Cotek
  • Lokasi: Kubang Kerian
  • Waktu: 6 petang – 11 malam

10.Maggi Ketam

Maggi Ketam antara mangsa makanan yang viral di sosial media. Maggi ketam anda boleh dapati di gerai-gerai sekitar Pantai Cahaya Bulan atau PCB di Kota Bharu. Rasanya memang “kaw” sedap sampai menghirup kuah!

  • Menu MUST TRY: Maggi Ketam
  • Lokasi: Pantai Cahaya Bulan
  • Waktu: 12 tengahari – 10 malam

Telan air liur sekarang. Nanti nak telan semua makanan di Kota Bharu!

Selamat memburu makanan kelantan dengan kereta sewa WAHDAH.my

Leave a Comment