Kos Dari KL Sentral ke Padang Basar pergi Bangkok 2019

Kos dari KL Sentral ke Bangkok dengan menaiki keretapi akan aku nyatakan dalam ringgit Malaysia hingga aku tukar duit dalam baht Thailand.

Kemudian aku nyatakan kos dalam baht Thailand sebaik saja aku mula berbelanja makan dan minum untuk buka puasa atas keretapi nanti

Akhir sekali aku jumlahkan semua kos dalam ringgit Malaysia.

Untuk pengunjung baru. Nama aku Fariz Izhan dan blog ini ada 4 orang penulis yang berkongsi pengalaman dan info lain seperti permainan video, tutorial seni grafik dan lain-lain (terbuka untuk semua).

Selamat membaca. πŸ™‚

Harga Tiket ke Padang Besar dari KL Sentral

Bermula dari KL Sentral ke Padang Besar. Aku naik keretapi di KL Sentral dan harga tiket adalah 76 MYR seorang. Keretapi ber-AC dan ada plug dibawah tempat duduk. Jadi jimat power bank aku untuk perjalanan yang jauh. Heh

Aku pilih waktu paling awal untuk ke Padang Besar iaitu jam 7 pagi. Itu je yang paling awal. 

Alasan aku untuk tiba awal di Hat Yai adalah untuk dapatkan keretapi paling awal ke Bangkok

Bila dah tiba di Bangkok. Aku boleh kata. Perjalanan dalam bulan puasa ke Bangkok sungguh mencabar. Kalau boleh nak duduk dalam bilik dan tidur je. Cuaca panas kat luar jadi cepat dahaga. Adoi. Dugaan bulan puasa. πŸ™

Okay. Sambung perjalanan tadi.

KL Sentral ke Padang Besar dengan Keretapi

Perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar mengambil masa lebih kurang 5 jam 30 minit. Aku naik jam 7 pagi. Jadi akan tiba di Padang Besar dalam sekitar 12.30 tengahari. 

Bila dah selamat tiba di Padang Besar…

Tak sempat kau nak ke tandas nanti akan ada beberapa orang pak cik datang kat kau dan tanya nak pergi mana. Siap tolong dapatkan borang pelepasan negara Thailand. 

Untuk anda kali pertama masuk negara Thailand. Jangan risau. Isi borang pelepasan negara Thailand adalah perkara biasa dan memang wajib isi.  

Akhir sekali pak cik tadi akan tawar untuk tumpangkan korang. Siap tunggu untuk ke imigresen bagi kita cop pasport. Sebab dah bagitau nak ke Hat Yai. Jadi dia akan setia dengan kita sehingga kita selamat tiba di stesen van yang akan ke Hat Yai itu.

Aku β€˜on’ je. Sebab dalam perjalanan nanti boleh berhenti mana-mana untuk tukar duit dan beli simkad sebelum gerak ke Hat Yai. 

Lepas cop pasport serta serah borang tadi. Siapkan dua benda ini dulu. 

Pertama tukar duit baht dan kedua beli simkad Thailand. Tapi aku terbeli simkad dulu. Sebab tak boleh sabar 2-3 minit terputus talian internet. eheh

Aku beli simkad AIS dengan harga 26 ringgit Malaysia. Dapat 40 GB data internet untuk tempoh satu bulan. Banyak ke tak banyak? 

Tapi dalam 10 hari aku dah habis data itu. Ye la. Nak tengok episod akhir rancangan Game of Thrones punya pasal. Mestilah nak tengok dalam kualiti definisi yang tinggi. Huh !

Okay.

Untuk tukar duit baht Thailad buat belanja nanti. Aku serahkan atas keperluan masing-masing dengan merujuk perjalanan aku dari Padang Besar hingga selamat tiba di Bangkok nanti. 

Bajet ke Hat Yai Setakat Ini

Tiket KL Sentral ke Padang Besar adalah 76 ringgit Malaysia dan satu simkad AIS adalah 26 ringgit Malaysia. Jadi kos ke Bangkok setakat ini adalah 102 ringgit Malaysia

Betul? Kalau betul. Teruskan membaca. Ini bukan bebenang dalam Twitter. πŸ™‚

Dari Padang Besar ke Hat Yai dengan Van

Pak cik yang jemput aku kat Padang Besar tadi cakap tambang naik van ke Hat Yai adalah 20 ringgit Malaysia seorang.

Kat sini stesen van sini aku perasan ada dua jenis van. Satu jenis muatan orang. Satu lagi jenis muatan barang. Aku dapat yang jenis muatan barang. Aku ada satu bagasi besar saiz 28 inci. Kena cas 5 MYR untuk beg besar itu. Okay. Aku faham. Sebab ruang yang terhad. Jadi 25 MYR untuk aku ke Hat Yai

Sudah termasuk dengan upah pak cik tadi yang tumpangkan aku serta tunggu aku cop pasport di sempadan. Lepas tu berhenti di kedai pengurup wang dan berhenti lagi di kedai telefon untuk aku beli simkad sebelum aku tiba di stesen van ke Hat Yai. Bagi aku sangat berbaloi. Huhu

Perjalanan ke Hat Yai mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit.

Bajet ke Bangkok Setakat Ini

Termasuk dengan kos tadi iaitu 102 ringgit Malaysia untuk tiket keretapi ke Padang Besar dan satu simkad AIS. Sekarang tambah 25 ringgit Malaysia untuk tambang van ke Hat Yai. Jadi jumlah setakat ini adalah 127 ringgit Malaysia.

Betul? Kalau betul teruskan membaca. Kalau salah tolong tegur nanti aku betulkan. πŸ™‚

Hat Yai ke Bangkok dengan Keretapi

Aku tak buat apa sangat dalam van yang menuju ke Hat Yai. Hanya memikirkan beberapa perkara atas keputusan besar dalam hidup aku ini iaitu pindah ke Bangkok. 

Pejam celik pejam celik. Aku tiba di stesen keretapi Hat Yai dalam sekitar 2.20 petang. Aku langsung ke kaunter dan bertanya untuk tiket paling awal ke Bangkok. 

Cun. Ada !

Ada jadual terdekat iaitu jam 2.30 petang. Apa lagi. Berlari terus naik gerabak dengan bagasi aku yang berat-berat. Fuh. Mencabar betul berjalan dalam bulan puasa yang cuaca tengah panas. Adoi.

Rupanya dalam jam 3 petang juga baru keretapi bergerak. Heh

Harga tiket keretapi ke Bangkok adalah 775 baht Thailand bersamaan 102 ringgit Malaysia (mengikut tarikh 25 mei 2019) untuk seorang. 

Keretapi ini ada tilam dan aku dapat yang belah atas. Tempat duduk belah bawah dah habis. Adoi

Pada asalnya aku duduk dibawah. Dalam malam sikit sekitar jam 8 malam dah mula kelihatan peramugara yang lipatkan kerusi jadi bentuk katil untuk penumpang tidur.

Waktu ini lebih mengamati permandangan luar tingkap dan balas mesej. Aku perasan banyak kali orang lalu jual air botol, buah, sayur dan nasi berlauk.

Perhentian setiap stesen tidak selama yang aku jangka. Sangat kejap. Memang tak sempat bagi aku keluar untuk tangkap gambar. Maka mereputlah aku dalam gerabak selama lebih kurang 21 jam.

Untuk berbuka aku beli nasi lauk ayam dengan air susu. 40 baht untuk nasi dan 25 baht untuk air susu dengan jumlah 65 baht maka tukar jadi 8.50 ringgit. Jangan aku mula cerita zaman aku belanja 50 baht bersamaan 5 ringgit. Haih ! Takpe lah nasi dah jadi bubur.

Oh ya. Patutnya air susu itu adalah 15 baht je kalau beli kat mana-mana 7Eleven Thailand. Beringatlah lain hari ya.

Ha. Aku suka 7Eleven Thailand sebab ada macam-macam. Nanti aku kongsi dalam entri lain lah yer. huhuhu

Bajet ke Bangkok Sekarang

Jumlah 127 ringgit Malaysia tadi ditambah dengan 102 ringgit Malaysia untuk tambang keretapi ke Bangkok. Lepas tu tambah belanja makan aku 8.50 ringgit maka jumlah 237.50 ringgit Malaysia untuk sehala ke Bangkok.  

Manakala jumlah masa berjalan dari KL Sentral hingga tiba di stesen keretapi Bangkok adalah 28 jam. Fuh. Sangat jauh perjalanan aku kali ini.

Tiba di Bangkok

Baiklah. Ini ulasan jujur pengalaman aku bagi mengakhiri entri Kos Dari KL Sentral ke Padang Basar pergi Bangkok 2019.

Bagi aku berbaloi sebab ini pengalaman pertama kali aku yang tidak ternilai yang boleh aku kongsikan kepada semua.

Tak seronok berjalan sebab aku ada beg yang sangat berat. Ye la. Kan aku nak pindah ke Bangkok untuk tempoh yang lama.

Memang kalau boleh nak satu kali trip je. Tapi tak boleh sebab banyak lagi barang aku tak terbawa. Adoi. Foto semua aku tangkap dengan kamera telefon je. Tak sempat nak guna kamera lain.

Aku naik kapal terbang je kalau ada tiket murah pergi Bangkok. Naik kapal terbang lagi cepat. 2 jam je. Jimat 26 jam aku. heh

Begitulah serba sedikit pengalaman aku ke Bangkok dari KL Sentral dengan keretapi. Lebih kurang 28 jam perjalanan weh !

Kalau nak kira ada kuota cuti tahunan. ‘Burn‘ satu hari cuti weh. Adoi. Lebih baik naik kapal terbang kalau korang sayang cuti korang. eheh

Jom Secawan Kopi di Bangkok

Orait gais. Pape roger. Kalau datang Bangkok nanti jangan lupa mesej aku untuk secawan kopi. Aku belanja. Jangan bawa rombongan 20 orang pula. Aku belanja air masak saja nanti. heh !

Taip β€˜jom secawan kopi kat bangkok’ dan WhatsApp kepada aku di +60179927319 atau terus buat panggilan ke nombor Thailand aku ini 0937849032 bila dah sampai Bangkok nanti.

Maklumkan kepada aku seawal 2 hari sebelum nak jumpa. Lagi awal lagi senang untuk aku aturkan jadual kerja lain. 

Orait guys and girls.

Jumpa lagi dalam entri mengenai tempat yang aku lawat di Bangkok serta lapan jenis pengangkutan yang aku guna di Bangkok. Yes gais. 8 jenis pengangkutan serta kadar tambang di Bangkok. Dari teksi hingga bot. Dari 10 baht hingga 100 baht. Share kalau ada butang share. Terima kasih. 

Selamat menyambut bulan puasa dan hari raya yang menjelang tiba. πŸ™‚

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of