Jalan Cari Makan ke Pulau Pinang dengan WAHDAH Kereta Sewa Online

Pulau Pinang atau nama popular dalam inggeris, Penang merupakan destinasi ketiga paling popular di Malaysia (selepas Kuala Lumpur & Sabah). Pulau Pinang juga merupakan negeri kedua selepas Melaka yang mempunyai Bandar Warisan Dunia (UNESCO) iaitu Georgetown.

Reputasi Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan wajib pergi telah mendapat pengiktirafan daripada pelbagai syarikat penerbitan terkenal dunia seperti CNN, The Lonely, Forbes, The Guardian dan Time.

Malah CNN meletakkan Georgetown sebagai salah satu bandar makanan jalanan terbaik di Asia (tempat ke-2 dalam senarai “17 Best Places to Visit in 2017″oleh CNN).

Sewa Kereta Secara Online dengan WAHDAH.my

WAHDAH adalah syarikat yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa dengan harga berpatutan. Apa yang best nya dengan WAHDAH.my ni? Anda tidak perlu risau tentang keadaan kereta, free 15% diskaun untuk “first time booking” dan berbagai diskaun serta “free upgrade” kereta bagi yang mendaftar sebagai ahli WaClub Premium. Proses booking adalah ”cashless”. Pembayaran juga melalui PayPal. Anda juga boleh membuat pembayaran melalui kredit/debit kad atau online banking. Ianya sangat lah mudah, cepat dan selamat.

Kembali kita dengan topik jalan-jalan cari makan di Pulau Pinang.

Pulau Pinang – Bandar Makanan Jalanan Terbaik Asia

Pulau Pinang bukan sahaja banyak tempat menarik untuk dilawati malah makanan lokal juga sangat unik dan sedap. Terdapat banyak lokasi tempat makan best di Pulau Pinang. Jom lihat 5 tempat makan yang anda wajib pergi bila bertandang ke Pulau Pinang terutama sekali Georgetown.

  1. Penang Road Famous Teochew Chendul, Lebuh Kweng Kwee

Cubalah pencuci mulut kegemaran orang tempatan, “Chendul” di Pulau Pinang. Lawati lokasi asal gerai ini di Lebuh Kweng Kwee. Mula beroperasi sejak tahun 1936,  anda akan merasai cendol Penang yang sebenar. Pencuci mulut ini pasti membuatkan anda berasa segar semula di bawah sinaran panas cahaya tengahari.

Semangkuk mungkin belum tentu cukup.

  1. Laksa Pasar Air Itam, Balik Pulau

Salah satu makanan jalanan yang terkenal di Pulau Pinang, Laksa Penang telah dinilai sebagai salah satu makanan terbaik di dunia oleh CNN Travel.

Warung hawker lama yang terkenal ini telah menghasilkan asam laksa tulen semenjak tahun 1955. Untuk hanya RM4.50, anda akan mendapat semangkuk laksa yang pasti mengangkat selera anda. Terima kasih kepada kombo yang kuat dari ikan kembung cincang, asam jawa dan cili, kuah laksa itu sendiri ada rasa masam yang tersendiri dengan pedas yang lembut. Yang paling penting, mereka juga menambah adunan udang di atas sup untuk membantu meningkatkan rasa laksa!

  1. Red Garden Food Paradise & Night Market (Red Garden Hawker Center)

Mencari makan malam? Seluruh makanan yang ada di Pulau Pinang di satu tempat? Satu-satunya tempat yang anda boleh pergi adalah tidak lain tidak bukan adalah Red Garden Food Paradise. Dibuka secara rasmi pada tahun 2007, tempat ini menawarkan hampir kesemua  makanan terkenal di Pulau Pinang. Jangan lupa untuk mencuba Koay teow Terkenal Ko Zai Jiak “CHAR KOAY TEOW” di medan selera ini. Terletak tepat di tengah-tengah bandar di Penang Upper Road, tempat ini sepatutnya cukup mudah untuk memenuhi keinginan pemburu makanan!

  1. Nasi Kandar Deen Maju, Jalan Gurdwara

Sekiranya anda sudah tahu apa itu Nasi Kandar dan bagaimana rasanya, kami cadangkan anda berfikir sekali lagi. “Rasa sebenar” Nasi Kandar di Pulau Pinang adalah Nasi Kandar Deen Maju. Anda mungkin mengatakan bahawa itu adalah satu pendapat yang keterlaluan tetapi itulah kesimpulan yang kami dapat setelah merasa Nasi Kandar mereka. Terletak di pinggir zon teras bandar Georgetown, Deen Maju menduduki dua buah kedai, jadi anda tidak perlu risau tentang tempat duduk walaupun ramai yang beratur panjang!

  1. Tai Tong Restaurant, Cintra Street

Terdapat hanya satu tempat untuk anda jika anda ingin mencuba makanan Kantonis di Georgetown, Pulau Pinang. Restoran Tai Tong terkenal dengan masakan kantonis terutama Dim Sum buatan sendiri. Dim Sum adalah makanan/kuih tradisional kantonis yang digunakan dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Anda akan merasa “vibe” Kanton apabila anda makan di restoran ini. Anda sememangnya perlu mencuba setiap jenis hidangan yang mereka tawarkan supaya anda tidak menyesal pada kemudian hari. Muehehehe /gelakmengusik

Jom jalan-jalan cari makan dengan kereta sewa online WAHDAH.my

Leave a Comment