Gopeng Destinasi Terbaik Untuk Penggemar Aktiviti Lasak

Untuk kali ini saya menulis mengenai percutian ke Gopeng, Perak. Macam mana ok kan?

Sebenarnya saya menerima tulisan percutian ini dari pembaca kita iaitu Syamil Hisham seorang pelajar daripada universiti awam yang menjalankan tugasan berkaitan aktiviti pelancongan di kawasan tersebut.

Apa tunggu lagi? Moh lee…

Gopeng adalah sebuah bandar yang terletak di Mukim Teja, Daerah Kampar, Perak, Malaysia. Ia terletak kira-kira 20 km ke selatan Ipoh. Pekan ini terletak di sebelah barat Lebuhraya Utara-Selatan sepanjang Tapah-Simpang Pulai.

Jadi, dari KL 2 jam lebih sikit jer drive dari highway ke Utara pastu ambik Exit Gopeng..Hah terus sampai

Sedikit sejarah yang mana nama Gopeng dinamakan oleh orang Cina yang dipanggil Mo Peng, tetapi British menukar namanya kepada Go Peng kerana namanya agak sukar. Menurut penduduk setempat, terdapat syarikat-syarikat perlombongan timah Perancis, British dan tempatan yang membangunkan industri lombong timah di sana.

Kini, Gopeng terkenal dengan pelbagai aktiviti yang menjadi tarikan bagi pelancong. Antara aktiviti yang menjadi tarikan utama yang terdapat di Gopeng seperti “water rafting”, “water tubing”, “water abseling”, “paintball”, “flying fox” dan menerokai beberapa gua seperti Gua Tempurung, Gua Kandu dan Gua Anak Tempurung.

Aktiviti-aktiviti lasak yang disediakan di Gopeng dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang selesa dan selamat untuk digunakan. Sebagai contoh, di kampung Jahang terdapat lebih dari 10 pengusaha yang mengusahakan tempat penginapan bagi pelancong dan tempat penginapan tersebut juga dilengkapi dengan aktiviti yang menarik dan facilitator yang berpengalaman. Tahap keselamatan pengunjung menjadi keutamaan.

 

Bermulanya perjalanan

Syamil Hisyam bersama rakan-rakannya sebelum menuju ke Gopeng.

 

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam daripada Kota Bharu, Kelantan.

Setibanya di Kampung Jahang untuk ke tempat penginapan, Pengunjung akan menaiki lori kerana keadaan jalan yang sempit menyebabkan bas tidak dapat melalui kawasan kampung tersebut.

 

Pintu masuk ke Kg Jahang Gopeng.
Tidak melepaskan peluang bergambar. Atas lori pun jadilah..

 

Disini juga turut menyediakan “tour guide” yang akan membantu pengunjung menjalankan aktiviti.
Pelbagai penerangan dan langkah keselamatan telah disampaikan sebelum memulakan aktiviti yang lebih mencabar pada malam hari iaitu “night hiking”.

 

Penginapan
Kolam renang sesuai untuk pengunjung berehat sementara menunggu aktiviti seterusnya.
Dewan terbuka

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Night hiking” di Bukit Batu Putih

Bukit Batu Putih juga terdapat di kawasan gopeng. Lokasi bukit ini tidak jauh dari tol Simpang Pulai. Lebih kurang 500meter menghala ke Pekan Gopeng, di situ pengunjung boleh melihat petunjuk untuk ke Bukit Batu Putih ini.

Ketinggian bukit ini tidak lah terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Ketinggiannya lebih kurang 300meter dari aras laut. Walaupun ketinggiannya hanya lebih kurang 300meter, tetapi laluan yang akan dilalui oleh pengunjung sangat mencabar.

Apa yang menarik tentang aktiviti ini ialah pengunjung boleh melakukannya pada waktu malam. Walaupun seperti merbahaya dan mencabar, tetapi pengunjung dibantu oleh beberapa orang “tour guide” yang sangat berpengalaman.

Sebelum memulakan aktiviti, beberapa kumpulan kecil dipecahkan untuk memudahkan lagi pergerakkan dan setiap kumpulan akan dibantu oleh “tour guide”.

Pengunjung akan melalui ladang sawit dan ladang getah sebelum tiba di tebing sungai. Untuk tiba di kaki bukit, pengunjungi perlu melalui sungai dengan air yang sejuk dan deras menggunakan bantuan tali.

 

Merentasi sungai sebelum ke kaki bukit.

Pendakian mengambil masa lebih kurang 45minit sebelum tiba di puncak bukit. Keadaan bukit yang licin dan gelap menyukarkan pengunjung untuk bergerak lebih pantas.

Terdapat beberapa cabaran yang pengunjung lalui sehingga ada di antara pengunjung yang hampir berputus asa.

Setibanya di puncak, pengunjung dapat melihat keindahan pemandangan dari ats bukit. Rasa letih yang dialami hilang setelah melihat pemandangan yang indah tersebut.

Setelah 1 jam, pengunjung bersedia untuk menuruni bukit meneruskan perjalanan balik ke bilik untuk berehat sebelum memulakan aktiviti pada esok hari.

 

Gua Tempurung

Gua tempurung  merupakan salah satu gua batu kapur yang terdapat di Malaysia. Ianya terletak di Gopeng. Jaraknya ke Bandar Ipoh lebih kurang 25kilometer. Tempat ini menjadi destinasi tarikan buat pengunjung dalam dan luar negara.

 

 

Keadaan didalam Gua Tempurung.

 

Untuk masuk kedalam Gua Tempurung, bayaran masuk akan dikenakan kepada pengunjung. Kebiasaannya, pengunjung akan mengambil sehingga ke check point yang ke lima kerana check point seterusnya akan melalui laluan yang mencabar dan basah. Untuk memudahkan dan memberi keselesaan kepada pengunjung, terdapat beberapa check point untuk pengunjung berehat dan mengambil gambar.

 

Kelihatan corak yang menyerupai kepala gajah.

 

Keunikan yang terdapat di dalam Gua Tempurung ini seperti beberapa bentuk corak yang terdapat  di dinding gua tersebut yang menyerupai objek ataupun haiwan. Untuk menerokai gua tersebut, kemudahan seperti lampu, tangga dan laluan telah tersedia. Jadi pengunjung tidak perlu berasa bimbang untuk melakukan aktiviti di gua tersebut.

Walaubagaimanapun, kemudahan tersebut hanya disediakan di sebahagian gua sahaja. Bagi mereka yang inginkan lebih cabaran, mereka akan terus kepada check point seterusnya.

 

 

Pengunjung diberikan taklimat ringkas.

 

Bagi mereka yang memilih untuk meneruskan perjalanan di dalam gua tersebut, pengunjung akan melalui beberapa cabaran seperti mengelongsor pada ketinggian hampir 10meter, melalui lubang yang kecil dan merangkak di dalam air untuk sampi ke penghujung gua.

Bagi mereka yang tidak pernah melakukan aktiviti lasak atau tidak pernah menerokai gua, ianya pasti satu pengalaman yang sangat berbaloi dan tidak dapat dilupakan. Mereka yang tidak pernah melakukan aktiviti ini perlu bersedia dari segi mental dan fizikal.

 

Pintu keluar Gua Tempurung.

Water Tubing

Water tubing adalah aktiviti yang riadah yang dilakukan dipermukaan air dengan menggunakan tube sebagai pelampung. Aktiviti water tubing sangat popular di kawasan Gopeng kerana sungai tersebut mempunyai 14 jeram yang sangat mencabar dan panjang sungai adalah lebih kurang 10kilometer.

 

 

Bergerak dari Gua Tempurung ke checkpoint Water tubing menaiki lori yang mengambil masa kira-kira 30 minit. Pengunjung diberikan makan tengah hari terlebih dahulu sebelum berkumpul untuk taklimat pemakaian jaket keselamatan dan helmet keselamatan.

Kemudian, kami ke checkpoint seterusnya dimana kami diajar cara-cara untuk mengawal diri dengan hanya menggunakan jaket keselamatan atau dipanggil sebagai “self confident”.

Pengunjung diberitahu bahawa ketika itu tahap kesukarannya adalah yang paling minima iaitu pada tahap 1 dimana air nya tidak terlalu deras, cuaca elok dan tidak berlaku ‘kepala air’.

 

 

Sesudahnya kami melakukan aktiviti tersebut, pengunjung diberikan pelampung yang bersesuaian mengikut saiz badan dan diberikan penerangan mengenai cara-cara untuk melakukan aktiviti water tubing.

Kemudian, pengunjung dilepaskan seorang demi seorang untuk mengendalikan sendiri pelampung dan mengawal arah menuju ke checkpoint dihadapan, kira-kira 500meter. Ianya pengalaman yang sangat berharga kepada pengunjung kerana majoriti tidak pernah melakukan aktiviti ini.

 

 

Tak bahaya ke? jangan risau! setiap kumpulan dibantu oleh guide yang berpengalaman serta safety equipment mcm life jacket dan helmet pun ade!

 

Selesai aktiviti “water tubing”.

 

Sebelum Pulang

 

 

Kesemua peserta teruja dan berharap lawatan dan aktiviti seperti ini diteruskan lagi. Di samping itu,pelajar-pelajar juga berharap agar kawasan pelancongan yang ada di negara ini terus dijaga dan dipasarkan sehingga mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

 

Penting

Sebelum melakukan aktiviti lasak di kawasan Gopeng ini, beberapa persiapan perlu dilakukan oleh pengunjung. Antaranya:

  1. Kasut yang digunakan harus sesuai kerana keadaan gua yang sedikit basah dan licin.
  2. Pakaian yang dipakai haruslah bersesuaian.
  3. Pengunjung dinasihatkan menggunakan “head lamp” bagi memudahkan pergerakan.
  4. Bagi yang membawa gadget seperti phone dinasihatkan menggukan penutup phone yang kalis air.
  5. Bagi memudahkan pengunjung menyimpan barang dinasihatkan supaya membawa “water prove beg”.
  6. Pengunjung dinasihatkan mengikuti beberapa langkah keselamatan yang disediakan di gua tersebut.

Leave a Comment