Panduan Melawat Kelantan; Kota Bharu Ada Apa?

salam, sawadee krab dan hai semua. Pat lima hari lepas ada sorang awek nih tanya aku. Kelantan ada apa? Tahun depan nak datang berjalan Kota Bharu. Ha. On the spot jugak lah mentol idea aku terdetik nyala untuk buat guide melawat Kelantan nih untuk korang yang suka berjalan dan shopping.

jalan wakaf che yeh kota bharu

Best ke tak best tu atas korang punya masing-masing menilai. Aku hanya bagi info dan bagi cerita sebaik mungkin untuk korang imagine. Okay. Mungkin aku akan exaggerate sikit..

Read morePanduan Melawat Kelantan; Kota Bharu Ada Apa?

Bajet dan Pengalaman Pulau Perhentian Kecil Selama 3 Hari 2 Malam

Salam dan hai semua. Selamat hari raya kepada korang yang masih dalam mood raya. Manakala kepada korang yang sedang merancang percutian pendek ke Pulau Perhentian. Inilah entri untuk korang.

Saya cadangkan pergilah ke Pulau Perhentian Kecil sebab bagi pengalaman saya, Pulau Perhentian Kecil lagi meriah berbanding Pulau Perhentian Besar dan ini adalah tips bajet dan pengalaman saya di Pulau Perhentian Kecil selama 3 hari 2 malam.

Perhentian Kecil ada Pasir Panjang atau Long Beach(nama glamour) iaitu permukaan pantai yang lebih menarik daripada Teluk Dalam di Perhentian Besar.

pulau-perhentian-besar-kecil

Pemandangan di Long Beach juga sangat cantik dan strategik untuk mengadakan tarikan pelancong seperti persembahan tarian api malah gerai makan bukak sampai ke tengah malam. Sebab itu jugak lah saya kira kebanyakkan pelancong dari luar negara lebih suka berjemur di Long Beach.


Hari Pertama – Tiba di Jeti

Hari tuh. Dalam bulan februari tahun lepas. Saya dan beberapa kawan walk in je datang Pulau Perhentian. Takde booking bilik pun lagi. Rilek habis. Kami tiba di jeti Perhentian Kecil lebih kurang dalam pukul 4 petang macam tu. Kemudian kiteorang berjalan pakat cari bilik yang murah-murah sambil meninjau aktiviti sekeliling yang aman damai dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. huhu

Read moreBajet dan Pengalaman Pulau Perhentian Kecil Selama 3 Hari 2 Malam