Belanja Makan di Jepun serta 5 Perkara Anda Patut Tahu

Rindu betul saya kat negara Jepun. Takleh move on sampai sekarang dan saya masih minat makan onigiri, sushi serta wasabi yang pedas tu. Makin jelas ingatan saya akan suasana sekitar Ueno yang bising dengan laluan kereta api yang serta bunyi lampu isyarat ketika melintas jalan. Gembira saya dapat peluang simpan gambar kenangan perjalanan saya dengan kawan-kawan di Jepun. 😀

Untuk korang yang akan jejak langkah ke Jepun buat kali pertama, kedua, ketiga dan sebagainya. Suka saya kongsikan sedikit pengalaman saya serta info ringkas untuk persediaan korang ke negara matahari terbit itu.

1- Kadar Pertukaran Mata Wang Yen/Ringgit

Seperti yang korang tersedia maklum. Mata wang ringgit Malaysia sekarang lemah dan murah berbanding mata wan yen Jepun. Maka dengan kadar kasarnya 100 yen adalah bersamaan 4 ringgit. Saya hanya sempat simpan duit syiling yen sahaja. Duit kertas yen semua dah tukar. huhu 😉😉

Read moreBelanja Makan di Jepun serta 5 Perkara Anda Patut Tahu