Berita Buruk Sempadan Kemboja Poipet

Buat masa sekarang tak keterlaluan bagi aku untuk mengatakan pekan Poipet ini sangat sangat…sangat berdebu. Tiga kali aku tekankan. Sebab banyak kerja-kerja binaan bangunan dan banyak lori besar keluar masuk. Ramai orang pakai topeng untuk hidung dan mulut disini.

keadaan berdebu di sempadan kemboja
Lagi teruk bila lori besar lalu

Semalamnya sebelum aku bergerak menuju ke Sao Kaeo iaitu wilayah Thailand yang bersempadankan Kemboja. Danny cakap Poipet lah tempat orang Thai dan orang Kemboja pergi berjudi. Waktu itu paling teruk aku bayangkan perjudian laga ayam. Hahahadoi apasal teruk sangat ‘expectation’ aku nih. Perjalanan dari tempat aku mengambil masa lebih kurang 3 jam.

Jika dari Siem Reap ke Poipet pula mengambil masa lebih kurang 2 jam. Manakala dari Bangkok ke Aranyaprathet mengambil masa lebih kurang 5 jam. Aku naik dari Minburi dengan minivan. Tambang 950 baht. Bagi pengalaman pertama aku. Ianya sangat mahal. Ini pengalaman pertama aku.

Tolong komen kat bawah kalau korang ada alternatif lain yang murah-murah. Terima kasih.

Esok harinya, sebelum aku cop pasport untuk keluar negara Thailand. Sempat aku bertegur sapa dengan seseorang yang merupakan warganegara Kemboja di sempadan Thailand yang balik nak jumpa anak dan isteri. Dia kerja di Laos selama 10 tahun. Sempat aku memuji bahasa inggerisnya yang lancar.

Sempat juga aku minta akaun sosial dia. Nama dia Vichet. 

Kat Poipet boleh belanja dengan baht. Menurut Vichet duit ringgit pun boleh pakai kat Poipet. Aku tak cuba pula sebab takde duit ringgit.

Bunyi hon tak putus putus

Berita Buruk Sempadan Poipet Kemboja

Carian maklumat dalam masa singkat adalah salah satu tabiat aku yang tidak membanggakan. Aku jumpa banyak amaran dan banyak berita buruk mengenai Poipet. Lebih-lebih lagi mengenai ‘scam’ visa terhadap golongan mat saleh. Kes kalah judi lepas tu kena pukul sebab hutang dengan kasino yang terlalu banyak. 

Sempat juga aku baca artikel pasal 7-9 tahun lalu lagi dahsyat keadaannya berbanding sekarang. Dari kes penipuan dan desakan pemandu motosikal di sempadan Poipet sehinggalah kes jenayah yang berkaitan penyeludupan manusia serta jenayah lain yang aku takut nak ‘mention’. Memang aku tak keluar bilik lah waktu malam macam ni. 

Walaupun keadaannya dulu tak sama seperti keadaannya sekarang. Tapi berhati-hatilah juga.

Abaikan sahutan pemandu motosikal yang hiruk pikuk itu kalau pada awalnya tiada hala tuju atau belum tempah mana-mana penginapan.  

Disebabkan aku tak guna langsung khidmat motosikal di Poipet . Jadi aku tak tahu berapa kadar tambang motosikal di Poipet

Sebelum aku terlupa.

Siangnya tadi juga ada budak minta sedekah pegang lengan aku. Huih. Jauh juga lah aku buat tak tahu dan dia ikut aku. Puas aku pusing-pusing gaya macam-macam. Tak dapat pegang lengan dia pegang baju aku pula. Sehinggalah aku bagi syiling 10 baht. Area kedai runcit kat hotel pun ada. Lepas tu dah tak minta dah sebab dia cam aku dah bagi duit kat dia.

Mungkin penjelasan aku ini agak dramatik. Tapi bila travel ke tempat orang. Kawan aku ajar. “Expect yang paling ‘worst“.

Untuk persediaan mental dan emosi. Bila korang balik keluar Poipet. Kalau boleh aku nak korang tinggalkan ekspresi “not badlah”, “boleh je survive”, “takdelah teruk sangat”. Gitu. Persediaan mental dan emosi. 

Memang kena lasak sikit lah bila nak travel mana-mana buat kali pertama. 

Hotel di Poipet

Kalau korang nak ke Aranyaprathet lepas tu tiba-tiba nak singgah merasa pengalaman di Poipet. Adalah lebih baik korang tentukan destinasi seawalnya untuk menggunakan khidmat motosikal di Poipet. Macam bagitau nama hotel ke. Apa ke. Macam tu lah. Sebab malas nak cakap banyak dengan pemandu motosikal yang rata-rata tidak boleh berbahasa inggeris.

Aku pula hanya berdiri luar kedai Cafe True untuk ‘search’ hotel sebab kawasan itu masih dapat talian 4G untuk nombor AIS aku. Lagi 100-200 meter kedepan jadi hilang 4G. 3G pun takde. Apa pun tak boleh buat. Adoi

Waktu biru ini sekitar jam 7 malam waktu tempatan

Waktu yang agak singkat untuk aku ‘search’ lama-lama cari hotel. Banyak keluar hotel yang 2,000 baht keatas je. Aku fikir tak berbaloi lah sebab satu malam je. Seorang diri pula tu. Jadi aku pilih satu hotel yang tak keluar info harga. Berjalan sedikit berpandukan Google Maps. Rupanya betul-betul belakang hotel besar yang mahal-mahal. 

Macam tak nak tunjuk ada hotel yang lagi murah je. Huh!

Lagipun, tak kuasa aku nak jalan jauh-jauh. Makin jauh makin tak fungsi simkad thai aku ni.

Di Poipet. Hotel bajet boleh dapat serendah 350-600 baht. Biasanya bilik berkipas lagi murah. Hotel 2 bintang dan setaraf tapi okay lah. Boleh lah. Asalkan tandas bersih. Aku takde nak komen apa-apa. Bilik aku ada peti ais dan ‘aircond’. 

Kebanggaan Poipet

Macam aku cakap tadi. Poipet terkenal dengan tempat perjudian. Resort kasino – dengan nama Tropicana dan Grand Diamond City – menjadikan Poipet bandar mini Las Vegas bagi negara Kemboja

Bolehlah layan sekadar untuk tangkap gambar yang ‘rare’ dan klasik di Poipet ini. 

Jangan risau sangat. Bahagian lain dalam Kemboja tak seteruk Poipet. Aku pernah ke Phnom Penh 7 tahun lepas. Rasa klasik sangat. Tak banyak pencakar langit setinggi 30-50 tingkat. Tapi aku tak taulah sekarang macam mana kan. Nanti kalau aku melawat Phnom Penh lagi akan aku tulis lagi. 

Makan Minum di Poipet

Kasino kiri kanak depan belakang kecil besar. Memang tak ramai lah orang Islam nak bermalam kat sini kan. Kedai makan berlogo halal pun aku tak jumpa. Masjid pun tak nampak. Rasa pelik pula kalau dengar azan sekitar kasino kan. Kalau korang pernah datang. Nanti kongsikan pengalaman korang kat bawah. Nak dengar cerita korang. ‘Happy ending’ ke tak. Pengalaman aku memang tak berapa seronok. 🙁

Makan ikan, buah dan snek je lah aku kat sini. Boleh lah ‘survive’ dan kenyang lah juga perut ni. huhuhu

Oleh kerana aku tak berapa ‘familiar’ dengan masakan orang kemboja. Aku tak dapat makan ikan yang aku beli sebab ada berbau dan agak liat isinya. Nasib baik ada kedai runcit 24 jam sebelah hotel ni. Untuk aku beli snek dan air. Kat Poipet ni manalah nak ada gerai burger macam kat Malaysia.

175 baht jumlah aku makan tengahari dan makan malam. Termasuk snek, jagung, nasi lauk ikan, air susu, energy drink dan sebagainya.

Tujuan Saya ke Poipet

Saya dalam proses nak mohon visa untuk duduk lama kat Bangkok. Dan saya juga inginkan pengalaman bekerja di negara Thailand. Setakat ini saya kerja secara online kat rumah. Menulis blog, periklanan, Adsense, SEO Marketing dan copywriting. Tapi saya kena kerja dengan syarikat di Thailand untuk mohon visa.

Kalau siapa-siapa ada kerja kosong buka di Bangkok. Kalau takde dan masih ingin tawarkan pekerjaan secara online pun boleh. Silakan WhatsApp saya untuk discuss. 🙂

Jangan lupa roger kalau datang Bangkok atau menginap sekitar Ramkhamhaeng. Boleh set masa jumpa kongsi cerita dan pengalaman sambil hirup kopi atau teh nanti.

Okay.

Gambar semua saya tangkap dengan kamera iPhone 5s tanpa ‘edit’. 

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of