6 Tempat Menarik di Ho Chi Minh untuk Dilawati

Ramai dah cakap Ho Chi Minh ni tempat menarik untuk shopping atau cuci mata dengan kos murah serta popia Vietnam yang sedap dan banyak lagi lah faktor-faktor menarik yang berbaloi-baloi sangat untuk datang Ho Chi Minh. Sungguh habaq hang…tudia..ni nak cerita nih…

Aduh. Buat saya teringin nak datang Ho Chi Minh pula. huhu

Betul. Tapi saya nak cerita pasal tiket kejap sebelum saya cerita tempat-tempat menarik di Ho Chi Minh. Penting bab tiket ni sebab kalau nak travel dengan bajet yang rendah dan lumayan. Mestilah cari tiket yang murah-murah dahulu. Lepas tu baru lah kira bajet yang lainnya pula.

Kalau nak dibandingkan tiket penerbangan ke tempat lain. Tiket nak ke Ho Chi Minh lagi murah dari tiket nak ke Bali dan Bangkok.

Ho Chi Minh, Bali dan Bangkok. 3 destinasi ini adalah destinasi kegemaran saya. Nanti saya cerita dalam pos yang lain mengenainya.

Sembang bab tiket

Saya dah tengok/usha/surver harga tiket. (tengok kat AirAsia je pun) Tiket ke Ho Chi Minh dari KL boleh dapat serendah RM278 untuk tiket pergi dan balik. (bergantung atas pilihan waktu dan tarikh) Kadang ada RM318 untuk tiket pergi dan balik.

Manakala 2-3 tahun lepas ada promosi serendah 79 ringgit weh! Sekarang susah dah nak dapat harga tu. Kalau ada pun kena cepat-cepat beli kalau tak melepas ke tangan orang lain. Adoi.

Tiket nak ke Bali dan Bangkok rata-rata dapat dalam purata serendah RM500 dan keatas untuk tiket pergi dan balik. Hmmmm…Nope nope. Mahal. Sebab saya pernah dapat promosi serendah RM330 untuk tiket pergi dan balik. Harus lama sikit lah menabung untuk ke Bali macam tu.

Tapi…ya ada tapi. Saya percaya bab tiket ini takkan kekal sama. Pasti akan ada perubahan. Mungkin lepas ni tiket ke Bangkok pula lebih murah. Kan. Siapa tahu. Sebab tu penting untuk peka dengan perubahan yang ada.

Apa yang menarik sangat di Ho Chi Minh ni? Adakah mesra keluarga atau mesra honeymoon? Berbaloi ke? Total kos berapa?

Semua soalan diatas akan saya jawab satu persatu.

Yang menarik di Ho Chi Minh ini adalah…

Pertama – kos rendah dari segi tiket (kadang minit terakhir pun ada tiket murah/promosi).

Kedua – mesra keluarga dan mesra honeymoon. banyak tempat bersejarah seperti Chu Chi Tunnels dan Sungai Mekong. Boleh minta pakej percutian ke Ho Chi Minh dengan saya.

Ketiga – ramai peniaga Vietnam boleh berbahasa melayu. ikuti pakej percutian ke Ho Chi Minh untuk ke kilang atau kedai borong pakaian yang murah-murah. saya pernah hantar group 36 orang bercuti ke Ho Chi Minh.

Keempat – makanan halal senang didapati. boleh cuba mi sup dan popia Vietnam yang popular. Makan 3 kali sehari dalam pakej percutian ke Ho Chi Minh. Hubungi saya untuk menempah (whatsapp saya).

Kelima – transport dah termasuk tour guide dan pemandu. Ada van 16-seater dan bas. Kalau nak jimat boleh cuba dapatkan Grab. Tapi takdelah tour guide tu.

Keenam – saya skip lah. macam tak habis je saya share sini. huhu Boleh tengok video pengalaman saya 4 hari 3 malam di Ho Chi Minh ini.

dan ini dia..

6 tempat menarik di Ho Chi Minh untuk dilawati:

  1. Benh Thanh Market
  2. Pasar Malam (sekitar Benh Thanh)
  3. Sungai Mekong
  4. Chu Chi Tunnels
  5. War Remnants Museum (Muzium Peninggalan Perang)
  6. Central Post Office (1886-1891)

Benh Thanh Market

Saya pernah tempah suit kat Benh Thanh Market ni. Order waktu tengahari lepas tu dalam pukul 9-10 malam dah ada kat hotel. Tapi sekarang dah tak muat. Hmmm…

Bila bercuti je ke Ho Chi Minh. Benh Thanh Market lah destinasi yang wajib singgah. Memang tak sama dengan Malaysia. Hampir setiap hari ramai orang datang jalan-jalan. Cuci mata. Minum kopi. Makan popia transparent Vietnam. huhu

Masuk bab kain memang akan rambang mata. Ada sutera Vietnam, sutera Jepun, telekung, candar, beg, kasut dan bermacam lagi. Kalau tak sedia senarai barang untuk dibeli. Alamatnya, ikutlah kehendak berbanding keperluan. Huhu. Untunglah kalau ada duit yang memang takkan habis tu.

Kalau ikut pakej percutian ke Ho Chi Minh nanti akan bawa ke kilang pakaian dan lain-lain kedai borong untuk tolong perabis duit tu. huhuhu hubungi lah saya untuk pertanyaan dan tempahan ke Ho Chi Minh.

Sebelum nak membeli tu. Suka saya ingatkan. Tetapkan harga seberapa dengan bajet kita lepas tu tawar lah sampai dapat. insyaallah ada rezeki.

Benh Thanh Market ni dibuka tiap hari bermula dari jam 8 pagi sehingga jam 5 petang.

Pasar Malam (sekitar Benh Thanh Market)

Pasar malam ni bermula dari jam 7 malam sehingga jam 11 malam sahaja untuk setiap hari. Sebab orang ramai sangat datang. Pasar malam Benh Thanh Market ini dibuka setiap malam. Kerana sambutannya memang luar dari biasa. Biasanya ada tutup dan cuti lepas tu buka kat tempat lain yang ada sambutan.

Lepas tu. Tangkap gambar Benh Thanh Market pada waktu malam sangat cantik. Boleh nampak lampu yang terhias pada bahagian depan Benh Thanh Market ni. Nanti saya kongsikan macam mana nak tangkap gambar lawa pada waktu malam dengan kamera telefon. ok. 😀

Benh Thanh Market tutup jam 5 petang. Dalam jam 6-7 petang dah ada orang siap tolak gerai beroda masing-masing pada bahagian belakang Benh Thanh Market. Portable! huhu

Peringatan: Kalau memang niat tak nak beli. Elakkan buang masa peniaga. Nanti peniaga akan rasa tertipu, letih perabis air liur dan mudah nak marah. Kalau kena kat kita pun boleh jadi takde mood nak layan orang. Ingat tu. Saya serius ni. Kalau boleh. Tak usah uji tahap kesabaran orang. huhu

Sungai Mekong

Tour sungai Mekong ini bermula dari seawal 7:30 pagi kerana perjalanan ke Jeti sungai Mekong mengambil masa lebih kurang 2 jam dari bandar Ho Chi Minh.

Di sungai Mekong ada aktiviti lawatan ke tempat proses gula-gula kelapa, lawatan ke kebun madu lebah, naik kereta kuda dan naik sampan/bot tradisional dan macam-macam lagi.

Kalau saya datang lagi ke Ho Chi Minh bersama teman-teman yang lain. Saya pasti akan ke Sungai Mekong lagi.

Suasana di Sungai Mekong memang tidak sama dengan pasar terapung di Thailand. Kerana setiap negara ada istimewanya yang tersendiri. 🙂

Chu Chi Tunnels

Lawatan saya ke Chu Chi Tunnels adalah sebuah pengalaman yang menarik bagi saya untuk mengenali sejarah negara Vietnam. Juga dikenali sebagai Terowong Chu Chi dimana terowong bawah tanah itu digunakan oleh askar tempatan untuk bersembunyi, berehat dan merupakan strategi untuk menyerang balas pihak lawan dalam tahun 1968.

Saya anggap Chu Chi Tunnels ini sebagai muzium terbuka sebab macam-macam bekas peninggalan perang. Kereta kebal pun ada. Juga ada aktiviti menembak atau shooting range.

Boleh tengok video pengalaman saya di Chu Chi Tunnels ini. huhuhu

Tour ke Chu Chi Tunnels jadi lebih seronok bila ada tour guide berkongsi sejarah mengenainya. Boleh hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan untuk pakej pakej Ho Chi Minh 4 hari 3 malam.

War Remnants Museum

Berbeza dengan Chu Chi Tunnels. Muzium peninggalan perang lebih banyak umum tentang kesan peperangan yang berlaku di Vietnam pada ketika dahulu. Malah ada segelintir penduduk tempatan terkesan daripada senjata kimia yang sungguh kejam.

Pengalaman saya berada dalam muzium itu adalah seperti berada didalam galeri fotografi yang bertema kejadian perang semata-mata. Pengalaman yang menyentuh hati dan mungkin akan lawat lagi untuk ingat kembali.

Central Post Office (1886-1891)

Seni bina bangunan pejabat pos ini sungguh dahsyat. Mind blown.

Seni yang klasik dan teliti!

Direka bentuk oleh Alfred Fouloux namun sering dikelirukan dengan Gustave Eiffel (yang mereka bentuk Eiffel Tower di Paris). Sesiapa yang minat tentang architecture pasti akan terpukau dengan sebarang ketelitian yang terdapat didalam bangunan ini.

Saya pula..errnnmm…no komen. Minat saya kearah lain. Huhuhu..

Baiklah. Begitulah sedikit sebanyak tentang 6 tempat menarik di Ho Chi Minh untuk dilawati.

Semoga jadi panduan untuk trip ke Ho Chi Minh nanti. 🙂

Disini pula saya ingin kongsi tentang pakej Ho Chi Minh 4 hari 3 malam dan apa yang termasuk dalam pakej. Serta cara untuk hubungi saya.

Pakej Ho Chi Min 4 hari 3 malam:

  • RM670 seorang (2-3 orang)
  • RM630 seorang (4-5 orang)
  • RM580 seorang (6 orang ke atas)

Bayi bawah 3 tahun adalah percuma manakala budak bawah 8 tahun adalah separuh harga. Lebih 8 tahun kira harga dewasa.

Pakej 4 hari 3 malam anda dapat:

  1. Penginapan ( hotel berdekatan Ben Thanh Market )
  2. Makan 3 kali sehari ( restoran halal )
  3. Tour Sungai Mekong
  4. Tour Chu Chi Tunnel
  5. Pusing bandar Ho Chi Minh termasuk shopping dekat tempat buat baju kurung, tudung nelofa, pergi kilang kasut dan beg, melawat muzium perang, pejabat pos lama dan Hard Rock Cafe Ho Chi Minh.

Boleh hubungi Fariz untuk pertanyaan dan tempahan mengenai pakej Ho Chi Minh ini. Juga boleh runding harga diskaun.

Selamat bercuti ke Ho Chi Minh. 🙂

Leave a Comment