5 SEBAB KENAPA MOBILE LEGEND POPULAR DAN RAMAI MAIN

Hi geng siapa sini main lagi Mobile Legends? Disini saya akan kongsikan 5 sebab kenapa permainan video Mobile Legends boleh dikatakan popular dan boleh nampak ramai yang main.

Bagi sesiapa yang belum tahu dan tertanya-tanya apa ni Mobile Legends? Makanan ke? Haha makan ja tahu… baiklah saya ceritakan secara ringkas bahawa Mobile Legends adalah sebuah 5v5 MOBA game dimana anda, berada dalam satu kumpulan 5 orang dalam misi memusnahkan pengkalan ataupun “base” musuh anda. Bermula dari pelbagai pilihan hero yang mempunyai kuasa tersendiri menjadikan permainan video ini popular dalam pelbagai golongan. Tak kira lelaki mahupun perempuan.

Berikut adalah sebab disebalik popular dan ramai main Mobile Legends:

PERCUMA

Biasanya lah, mana-mana game yang percuma ni memang cepat orang download. Boleh jadi salah satu daya tarikan untuk orang main. Di Malaysia, boleh dikatakan daya beli sesuatu game berbayar masih rendah berbanding negara asia yang lain. Apa pendapat anda tentang ini? Tinggalkan komen dibawah nanti.

Selain ianya percuma, Mobile Legends juga senang dimainkan. Kenapa? Bagi anda yang tidak pernah bermain game yang jenis macam ni, tidak perlu risau sebab diawalnya disediakan banyak tutorial. Satu per satu.

Tujuan video tutorial game ni, adalah untuk membuatkan anda lebih cepat faham ketika bermain. Anda juga boleh dapatkan video dan berbagai tips dengan carian di Youtube atau Google.

KUALITI GRAFIK

Antara sebab utama yang ramai main sesebuah permainan video adalah kualiti grafik yang baik dan lancar. Boleh nampak kat pilihan hero, peta, senjata, efek skil dan banyaklah. Terus menjadi salah satu faktor utama kenapa game Mobile Legends begitu popular.

Selalunya grafik yang baik memerlukan telefon pintar dengan RAM yang tinggi, tetapi untuk Mobile Legends anda tidak perlu risau sebab ianya boleh dimainkan dengan telefon pintar yang mempunyai spesifikasi yang rendah.

BERMAIN BERSAMA KAWAN-KAWAN

Selain kualiti grafik yang mencuri perhatian, mobile legends turut dikenali dengan ciri yang mana anda boleh bermain bersama kawan-kawan dalam pelbagai mod permainan.

Lebih menarik, ianya boleh dimainkan dari 2 sehingga 10 orang pemain. Salah satu caranya, anda perlu mengaktifkan facebook di dalam game ini supaya kawan-kawan anda semua yang turut bermain mobile legend boleh berhubung dengan anda.

Di dalam Mobile Legends juga dilengkapi dengan ciri seperti ruangan chat-in-game supaya anda boleh berkomunikasi dengan kawan-kawan anda mahupun pihak lawan. Santai, seronok main game sambil lepak bersama kawan kat kedai mamak.

MODE RANKING

Mobile Legends menawarkan sistem ranking kepada pemain. Selepas mahir menggunakan hero, cabar diri anda bermain dalam mod Ranked. Mobile Legends mempunyai sistem penarafan menggunakan bintang.

Untuk mendapatkan satu bintang, anda perlu menang setiap permainan. Apabila bintang anda penuh, anda akan naik ke ranking seterusnya. Tetapi, jika anda kalah anda akan kehilangan satu bintang dan mungkin akan turun kedudukan.

Mod Ranked lebih susah kerana anda akan jumpa lawan anda dari serantau Asia Tenggara. Meskipun sukar, sememangnya ia mampu memberikan anda keseronokkan dalam cabaran.

PELUANG KE eSPORT

Tidak dinafikan, dalam masa beberapa tahun ini, Malaysia telah menunjukkan potensi eSports yang pesat. Dengan melalui pertandingan The Legends Circuit, Malaysia Cyber Games, Selangor Cyber Games dan ESL Genting yang dianjurkan.

Mobile legends mempunyai potensi yang besar berkembang di dunia eSports. Bezanya, Mobile Legends antara persaingannya begitu terbuka berbanding game Dota di PC. Jadi, anda bolelah mengasah bakat anda dan menambah pengalaman untuk masuk ke dalam bidang sukan eSports.

Kesimpulannya, dengan inisiatif seperti ini yang dianjurkan di Malaysia, arena sukan eSports di dalam negara akan terus positif.

Nahh… tunggu apa lagi? Cubalah download sekarang.

Link untuk android download terus dari Google Play:

[https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mobile.legends&hl=en]

5 thoughts on “5 SEBAB KENAPA MOBILE LEGEND POPULAR DAN RAMAI MAIN”

    • Mobile Legend memberikan ciri untuk membuat pertandingan yang sedang berjalan menjadi ‘Invalid Match’, agar semua pemain yang terlibat tidak akan alami perubahan pada bintang mereka jika ada AFK. Caranya:

      1. Pastikan pemain yang AFK
      2. Jangan ada First Blood dalam 3 minit
      3. Lakukan Surrender dengan sebulat suara

    • AOV dan ML. Memang dari segi grafik aov menang kalau awak yang sukakan lebih ke visual tapi dari segi gameplay ml yg best. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Kalau awak memang dah selesa dengan ml, wajar kalau awak katakan ianya lebih better. Begitu juga buat pemain aov.

Leave a Comment