3 Gambar Kartun Cun yang Pernah Aku Lukis

Tahun 2011 aku pernah lukis dan pos dalam facebook sebuah gambar lukisan Heliza Helmi yang cun dan tak sangka ramai orang suka lukisan nih lepas aku dapat lebih daripada satu ‘like’..sungguh aku tak sangka..

Nih lah lukisan yang aku maksudkan tu;

Fariz Izhan 2011 Heliza Helmi

Macam-macam komen aku dapat. Ada yang puji lukisan cantik, ada yang nak gambar dia dilukiskan, ada yang minta ajar lukis, ada yang share dan ada macam-macam lagi lah. Mestilah aku gembira orang hargai lukisan aku..sape tak gembira kan..

Lepas tu, supaya lukisan aku nih bermanfaat dan untuk jangka masa yang panjang. Aku banyak lukis gambar kartun cun yang bertudung supaya orang suka bertudung.

Okay. Kali nih gambar kartun yang diilhamkan daripada filem animasi Rapunzel.

Fariz Izhan 2012 Rapunzel Muslimah

Macam biasa aku share lukisan aku nih dalam facebook. Tapi yang tak biasanya ialah gambar kartun Rapunzel versi bertudung ni cecah 150 ‘like’. Ish. Tak sangka aku. Rata-rata yang ‘like’ gambar kartun Rapunzel nih datang daripada orang yang pernah ‘like’ lukisan gambar Heliza Helmi.

Fuh. Makin banyak permintaan lukisan dan komen aku dapat. Tak lama lepas tu, aku makin busy dengan kerja dan makin tak banyak masa untuk aku melukis. Memang aku gatal tangan kalau tak melukis nih. Gatal macam kena gigit nyamuk. Nak menggaru je..

Fariz 2013 Gadis Bunga

Sekian saja 3 gambar kartun cun yang pernah aku lukis. Ada lagi nanti aku update. Harap korang suka.

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of